Adakah Ini Petanda Awal Arda Turan Akan Sertai Chelsea

Arda Turan akan sertai Chelsea musim hadapan? Itu yang menjadi persoalan selepas pemain antarabangsa Turki itu membeli rumah di London.

Namun tidak ada laporan rasmi dan sumber yang kuat tentang sebab kenapa beliau membeli rumah di sana. Ia mungkin kerana membeli rumah atas faktor pemilikan hartanah mewah di London.

Namun tersebar laporan di Turki menyatakan pemain ini dalam rundingan untuk menyertai kelab di London.

Chelsea mulai dikaitkan dengan Turan selepas Antonio Conte mahukan pemain tengah untuk musim hadapan.

Antonio Conte mahu menyediakan skuad musim  baru lebih awal untuk memastikan mereka kekal kuat pada musim hadapan.

Ini kerana Chelsea adalah pemimpin tangga liga dan rasanya sudah pasti akan beraksi dalam UCL pada musim hadapan.

Arda Turan dikatakan dalam proses untuk menyertai Chelsea dengan nilai perpindahan sekitar €40 juta.

Turan yang menyertai Barcelona secara kontroversi pada pada musim lalu. Barcelona membayar €34 juta dengan tambahan  €7 juta atas klausa berdasarkan persembahan.

Beliau terpaksa menerima penggantungan 6 bulan. Ini kerana kesalahan yang dilakukan Barcelona membuatkan beliau dilarang untuk didaftarkan pada musim 2015/16.

Turan kemudian mengalami turun naik karier di Barcelona dan masih gagal menjadi pemain utama dalam skuad Luis Enrique.

Penyerang sensasi Chelsea, Diego Costa turut memuat naik status Instagram. Beliau bergambar dengan Arda Turan.

Arda Turan memiliki versatiliti yang sesuai dengan falsafah Antonio Conte. Beliau antara pemain penting yang membuatkan Atletico sebagai pesaing ke-3 dalam La Liga sejak beberapa musim di sana.

Beliau adalah pemain yang lasak dan berani untuk situasi 1 lawan 1 dengan mana-mana pihak lawan.

Baca juga: Sandro Mendoca Nafi Ada Masalah Dalaman Dengan Jurulatih Kecergasan Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN