Apakah Punca Ramai Pemain Premier League Jadi Anti Vaksin?

Ramai pemain Premier League enggan menerima vaksinasi Covid-19, dan hanya satu pertiga daripada mereka dilaporkan telah berbuat demikian.

Menurut sebuah artikel dari Daily Mail, hanya tujuh buah kelab dari kalangan 20 pasukan bertanding telah berjaya memberikan vaksin kepada pemain sekurang-kurangnya separuh dari anggota skuad mereka.

Tiga buah kelab lagi gagal berbuat demikian apabila hanya merekodkan kurang 10% pemain yang menerima vaksinasi.

Newcastle United adalah antara pasukan di mana majoriti pemain belum lagi menerima sebarang suntikan vaksin Covid-19.

Leeds United, Wolverhampton Wanderers, Southampton dan Brentford pula merekodkan 90% daripada anggota skuad mereka telah melengkapkan dos minima masing-masing.

Terlampau percaya teori konspirasi

Terlampau percaya kepada teori konspirasi dan apa sahaja yang ditulis di media sosial dipercayai menjadi punca utama mengapa pemain-pemain di Premier League enggan divaksin.

“Ia amat mengecewakan dan sukar untuk melakukannya kerana teori konspirasi berjaya mencipta persepsi yang kuat di bilik persalinan beberapa kelab,” ujar seorang doktor kepada Daily Mail.

“Ada di kalangan mereka adalah pemain senior dan pemain yang pintar. Mereka tampil dengan pelbagai teori mengarut dan tetap berpegang kepada apa yang mereka mahu percaya.

“Salah seorang daripada mereka memaklumka kepada saya dirinya enggan menerima suntikan vaksin kerana percaya boleh menambah imuniti badan dengan hanya pengambilan vitamin.

“Dan kebanyakkan apa yang mereka baca – dan percaya – dari internet begitu tidak masuk akal.

“Ada pemain berkata vaksinasi akan menganggu tahap kesuburan mereka dan boleh menjadi mandul. Begitu juga dengan plot membabitkan Bill Gates, bahawa pandemik ini hanya satu propaganda.

“Masalahnya pada masa yang sama perbuatan mereka boleh memesong pemain-pemain yang lebih muda.”

Setakat ini kelab-kelab Premier League diberikan jaminan pemain akan dibenarkan beraksi walaupun enggan divaksin. Kelonggaran itu tetap akan diteruskan walaupun penyokong wajib menunjukkan sijil vaksinasi sebelum dibenarkan memasuki stadium.

Ego turut jadi punca

Ego juga dikatakan menjadi punca utama ramai pemain di Premier League enggan mengambil vaksin. Di beberapa kelab utama, pemain jelas lebih berpengaruh berbanding jurulatih atau pihak pengurusan.

Pemain kebiasaannya tidak biasa menjaga diri sendiri. Di luar, ia terpulang kepada diri mereka sendiri agar mereka tidak dijangkiti.

Kelab yang tidak mendesak pemain-pemain mereka untuk divaksinasi, berkemungkinan akan bergelut jika pemain terpaksa dikuarantin akibat wabak itu.

Dalam sesetengah kes, jangkiran dan rakan sepasukan yang dijangkiti virus tersebut tidak cukup untuk pemain lain mengubah persepsi pemain akan bahayanya Covid-19.

Pada Ogos lalu, pengendali Newcastle United, Steve Bruce berkata majoriti pemain mereka enggan divaksin walaupun melihat dengan mata sendiri bagaimana penjaga gol Karl Darlow menderita di hospital selepas dijangkiti Covid-19.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN