Apakah Punca Colombia Dibatalkan Hak Jadi Tuan Rumah Copa America 2021?

Copa America 2021

Tahun ini, aksi bola sepak antarabangsa melibatkan negara-negara tidak kurang hebatnya dengan pelbagai kejohanan yang bakal diadakan.

Selain daripada kejohanan EURO dan acara bola sepak di Sukan Olimpik Tokyo, benua Amerika Selatan juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan pertandingan bola sepak terulung mereka iaitu Copa America.

Namun begitu, menjelang kejohanan yang bakal dilangsungkan, Copa America 2021 mengalami masalah apabila tuan rumah iaitu Colombia telah ditarik balik hak sebagai tuan rumah.

Tetapi kenapa begitu?

Menurut laman Goal, keputusan untuk membatalkan hak Colombia sebagai tuan rumah Copa America 2021 adalah atas keadaan negara tersebut yang sedang mengalami kekecohan akibat tunjuk perasaan oleh rakyat mereka.

Ketika ini, rakyat Colombia melakukan tunjuk perasaan membantah dasar baharu kerajaan pimpinan Ivan Duque berkenaan pelan percukaian yang telah dirancang.

Selain itu, mereka turut melakukan tunjuk perasaan mengenai reformasi kesihatan awam yang diumumkan Duque.

Setakat artikel ini ditulis, sudah tiga minggu tunjuk perasaan ini diadakan dengan 40 orang rakyat terkorban akibat pertempuran dengan pihak berkuasa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak Amerika Selatan iaitu CONMEBOL, perubahan ini dilakukan atas permintaan kerajaan Colombia sendiri.

“Kerajaan Colombia telah meminta supaya kejohanan ini dibawa ke bulan November.”

“Namun begitu, atas faktor kalendar pertandingan bola sepak antarabangsan serta perihal logistik kejohanan, ianya mustahil untuk diadakan pada November.”

Permintaan itu jelas sekali tidak mampu dipenuhi CONMEBOL kerana kejohanan tersebut dijadualkan pada 13 Jun 2021 ini.

Mujur bagi CONMEBOL, kejohanan ini boleh lagi diteruskan kerana untuk edisi kali ini diadakan dengan Argentina turut dipilih sebagai tuan rumah bersama-sama Colombia.

Dengan situasi ini, CONMEBOL mempunyai alternatif untuk memindahkan kesemua perlawanan yang dijadualkan di Colombia dipindah ke Argentina dengan menjadikan negara itu tuan rumah secara penuh.

Akan tetapi, negara seperti Chile dan Paraguay mendedahkan yang mereka berminat untuk menggantikan Colombia.

Baca juga artikel kami mengenai pemain Amerika Selatan:

13 Fakta Menarik Mengenai Gol Tandukan Alisson Becker Yang Buat Penyokong Liverpool Teruja

CEO Sri Pahang Yakin Hidalgo Akan Kekal Kerana Teman Wanitanya Akan Datang Ke Malaysia

Edinson Cavani Kongsi Sebab Mahu Terus Kekal Bersama Man Utd

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN