Apakah Perbezaan Ireland Utara Dengan Republik Ireland?

Kehadiran Republik Ireland dan Ireland Utara, dua negara berbeza dalam kejohanan Piala Eropah 2016 membuatkan ramai peminat bola sepak tertanya-tanya – apakah perbezaan Republik Ireland dengan Ireland Utara?

[adrotate group=”2″]

Untuk menjawab soalan ini, kami cuba mengupas perbezaan kedua-dua negara ini daripada 2 perspektif – geografi, sosio-politik.

Perbezaan geografi

Secara asasnya, kepulauan Ireland adalah sebuah kepulauan yang terletak di sebelah sebuah kepulauan yang menempatkan negara England, Wales dan Scotland.

Kepulauan Ireland terdiri daripada 2 negara berjiran – Republik Ireland dan Ireland Utara yang saiznya jauh lebih kecil daripada jiran mereka.

Ireland-Capitals

Berbeza dengan Northern Ireland yang bersekutu dengan United Kingdom (bersama Scotland, England, Wales dan lain-lain negara kepulauan kecil), Republik Ireland adalah sebuah negara merdeka.

Perbezaan sosio-politik

Sejak awal 1880 lagi, orang Ireland yang beragama Kristian mazhab Katolik secara amnya mahu merdeka daripada British. Tetapi golongan minoriti yang beragama Protestan mahu kekal di bawah naungan British.

Setelah didesak, British akhirnya akur dengan permintaan Ireland.

Akhirnya pada 1921, parlimen British meluluskan akta yang memisahkan kepulauan Ireland kepada 2 wilayah – Ireland Utara dan Ireland Selatan.

Ireland Selatan rata-ratanya didiami oleh orang Ireland bermazhab Katolik dan mahukan kemerdekaan daripada British.

Ireland Utara pula didiami oleh orang bermazhab Protestan – kebanyakannya merupakan cucu-cicit penjajah dari British yang membina kehidupan baru di wilayah tersebut. Kadang-kala, mereka memanggil negara mereka sebagai Ulster.

Desakan dari Selatan untuk menyatukan dua buah negara

Walaupun British melakukan kerja yang bagus untuk memisahkan wilayah Utara dengan Selatan (demi kepentingan ekonomi dan kestabilan politik), ia tak bermakna penduduk wilayah Selatan (Republik Ireland) tiada niat untuk bersatu dengan jiran Utara mereka.

Niat untuk bersatu ini dikemukakan oleh kerajaan Republik Ireland kepada kerajaan British.

Sebagai respons, kerajaan British membuat referendum di Ireland Utara untuk mengetahui jika rakyatnya mahu bersatu dengan jiran mereka di Selatan.

Kerajaan Republik Ireland juga membuat referendum di negara mereka untuk mengetahui jika rakyatnya mahu bersatu dengan jiran mereka di Utara.

Hasil referendum ini melahirkan Persefahaman Good Firday atau Persefahaman Belfast pada April 1998.

Dalam persefahaman ini, kerajaan British dan Republik Ireland perlu menghormati keputusan referendum berikut:

majoriti populasi Ireland Utara mahu kekal di bawah United Kingdom
hampir semua populasi Republik Ireland dan sebilangan kecil populasi Ireland Utara mahu bersatu

Persefahaman Good Friday ini merupakan peringatan kepada Republik Ireland bahawa mereka perlu menghormati hak orang Ireland Utara yang mahu kekal di bawah United Kingdom.

Menurut Perjanjian Good Friday lagi:

“Hanya apabila majoriti orang Ireland Utara tiba-tiba mahu bersatu dengan jiran mereka di Selatan, barulah kerajaan British perlu memerdekakan mereka dan membenarkan penubuhan negara Ireland yang bersatu.”

Kesimpulan

Secara ringkasnya, Ireland Utara dan Republik Ireland (di Selatan) merupakan dua negara yang satu bangsa, tetapi berlainan mazhab agama dan ideologi politik.

Di bawah Persefahaman Good Friday, Republik Ireland tak boleh memaksa Ireland Utara bersatu dengan mereka melainkan rakyat Ireland Utara sendiri mahu perkara itu berlaku.

Sekarang anda sudah faham perbezaan Ireland Utara dan Republik Ireland.

900px x 600px-2

Baca juga: Sejarah Old Firm Derby: Mengapa Celtic Dan Rangers Bermusuh?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN