It's heartbreaking to lose a quality player like @Brendan_Gan. He will be hugely missed.We wish you a speedy recovery pic.twitter.com/z837jtajdF
— George Boateng (@george1boateng) February 9, 2015
Kelantan mendapat perkhabaran kurang gembira apabila pemain tengah mereka, Brendan Gan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan memerlukan sekurang-kurangnya 8 bulan untuk pulih dan bermain seperti biasa. Brendan Gan mendapat kecederaan tersebut semasa perlawanan di antara ATM dan Kelantan di stadium Paroi, Negeris Sembilan.
Pada perlawanan tersebut, Brendan Gan dimasukkan pada awal separuh masa kedua namun hanya mampu menyumbang bakti selama lebih kurang 5 minit sahaja selepas mengalami kecederaan dan dilihat bergelut untuk pulih semasa menerima rawatan di tepi padang.
Kelantan terpaksa bermain dengan 10 orang pemain sahaja sepanjang 40 minit terakhir perlawanan kerana mereka telah melakukan 3 pertukaran pemain sebelum itu. Perlawanan tersebut dimenangi Kelantan dengan jaringan 2-0.
Apa itu ACL?
Menurut sumber dari Utusan Malaysia , Lutut merupakan sendi penghubung di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Ligamen adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur dan tibia dan menolong mengawal pergerakan sendi.
Terdapat dua ligamen yang berada di tengah lutut iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL).
ACL adalah salah satu ligamen terpenting pada lutut. Ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia bergerak ke hadapan, relatif kepada tulang femur. Jadi, ACL adalah penting bagi mengelak pergerakan yang terlalu ke hadapan yang boleh menyebabkan kecederaan pada struktur lain dalam lutut.
Lazimnya, kecederaan ACL berpunca dari pergerakan memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal.
Video yang dihasilkan oleh Elara Systems ini akan memberikan anda gambaran lebih jelas bagaimana ACL boleh terjadi.
Ruud Van Nistelrooy : Hebat Selepas Pulih Dari ACL
Tahukah anda?
Perpindahan Van Nistelrooy ke Manchester United dari PSV Eindhoven dibatalkan pada musim panas tahun 2000 selepas mengalami kecederaan ACL. Pada April 2001, Manchester United membawa Van Nistelrooy selepas pulih dari ACL.
Nistelrooy telah menjaringkan 150 gol dalam 220 penampilan bersama Manchester United.
Mungkin kisah kejayaan Van Nistelrooy ini boleh dijadikan motivasi untuk Brendan Gan kembali pulih dan menempa kejayaan bersama skuad the Red Warrior pada masa hadapan.
Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.