Saingan Piala AFF 2022 telah pun tamat dengan Thailand mengesahkan diri mereka selaku juara kali ketujuh selepas kali terakhir merangkul kejuaraan itu pada musim lalu.
Menerusi kemenangan secara agregat 3-2, Thailand terus membuktikan mereka selaku kuasa besar di Asia Tenggara sehingga kini dan rekod itu mungkin akan sukar digugat mana-mana negara lain pada masa akan datang.
WE ARE THE #CHAMPIONS AGAIN!!! 🏆 🇹🇭
"ทีมชาติไทยเป็นจ้าวอาเซียน สมัยที่ 7"#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน2022 #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/vpzwHxllPx— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) January 16, 2023
Namun, ianya bukan suatu perjalanan yang indah buat pasukan negara selepas mereka terkandas di pusingan separuh akhir dan segala permulaan yang tidak begitu berjalan lancar.
Bawah kendalian Kim Pan-gon, ini merupakan tugas pertama beliau sebagai jurulatih skuad kebangsaan dalam saingan tersebut yang dianggap sangat berprestij dalam rantau Asia Tenggara.
Jelas sepanjang kejohanan ini bermula sehingga tamat, banyak perkara perlu dipelajari oleh pasukan negara mengenai saingan tersebut untuk pedoman musim akan datang.
Apa yang dapat dipelajari Malaysia sebenarnya berdasarkan kejohanan tersebut untuk tatapan masa akan datang?
Medan uji keserasian dan taktikal buat pemain
Pada kejohanan ini, ianya penting untuk Pan-gon sebenarnya bagi menguji keserasian para pemain dan melihat potensi dengan lebih jelas sebelum kejohanan lebih besar seperti Piala Asia bermula.
Tanpa pemain yang disenaraikan oleh beliau, jelas Pan-gon terpaksa merombak kembali segalanya menerusi pemain-pemain baharu yang menyertai skuad negara.
Sesi latihan rasmi skuad Harimau Malaya di Stadium Thammasat, Bangkok, malam ini turut disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.
Malaysia akan menentang Thailand bagi perlawanan Separuh Akhir 2 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di stadium berkenaan, esok. pic.twitter.com/g2cRwOeO12
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 9, 2023
Positifnya, ia memberi nilai tambah buat skuad kebangsaan ketika itu menerusi potensi-potensi pemain baharu yang diperkenalkan.
Namun, ianya juga penting jika ketika itu Malaysia mendapat barisan penuh pemain mereka yang terkuat kerana ia memudahkan tugas Pan-gon untuk meneliti segalanya lebih awal.
Maruah negara yang perlu dijulang
Wakili skuad kebangsaan bukan sahaja berkisarkan sebuah perlawanan yang berlangsung di atas padang, tetapi ia melebihi segalanya.
Kita boleh lihat bagaimana Theerathon Bunmathan yang merupakan pemain bintang mereka berusaha sedaya upaya untuk menjulang maruah Thailand pada saingan tersebut.
Bagaimana kebanyakan pemain Indonesia yang berkelana di luar negara tampil pulang untuk menjunjung maruah negara mereka menerusi semangat patriotik di atas padang.
Malah, kisah David Rowley yang sanggup meninggalkan keluarga selepas berbulan-bulan tidak bertemu demi membawa maruah negara di persada antarabangsa.
Peminat Terharu Melihat Sikap Murni Rowley Yang Sanggup Korbankan Segalanya Demi Malaysiahttps://t.co/ifzQRf64dI
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 8, 2022
Tidak kira sebarang kejohanan yang disertai, jika ia membabitkan Malaysia, maka sesuatu perlu dipelajari kita ialah mengenai sikap patriotik demi negara sebagai contoh kepada dunia.
Nilai prestij sesuatu kejohanan
Tidak kira mana-mana kejohanan disertai pun, ianya membawa suatu nilai yang sangat tinggi sebenarnya untuk sesetengah negara.
Misalnya, kejohanan Piala AFF ini dianggap sebagai suatu yang sangat bernilai buat Vietnam, Thailand, serta Indonesia dengan membawa misi tersendiri mereka untuk mengecapinya.
Selain itu, siapa sangka Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) juga jelas tertarik pada saingan tersebut musim ini walaupun ia di luar tarikh kalendar mereka.
Annnnnnd 𝘴𝘵𝘪𝘭𝘭 𝗞𝗶𝗻𝗴𝘀 𝗼𝗳 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 👑 🇹🇭
🏆 CHAMP7ONS 🏆#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/HtsYHxJl4t
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023
Bayangkan, bagaimana sesuatu nilai prestij kejohanan itu bila Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino turut hadir menyaksikan perlawanan akhir serta menyerahkan trofi kejuaraan buat pemenang.
Malah, sebelum itu FIFA juga jelas tertarik akan sikap perpaduan yang dipamerkan oleh penyokong negara yang meraikan pemain Thailand di Stadium Thammasat.