Apakah DNA Bola Sepak Jepun?

Selepas tamat separuh pertama musim J League, kami ingin mengkaji apakah gaya permainan keseluruhan pasukan-pasukan J League.

Jika pasukan-pasukan liga tempatan kita gemarkan falsafah bola sepak rigid dalam formasi 4-4-2 dan menggunakan target man import, apa pula DNA dan falsafah bola sepak pasukan-pasukan J League?

Berikut adalah penemuan kami:

1. Kelajuan hantaran (jarak hantaran sehingga 15 meter) dalam setiap perlawanan

Data ini menunjukkan kelajuan bola yang dibuat oleh pemain J League kepada rakan sepasukan dalam jarak sehingga 15 meter.

1

Keputusan:

[table]
Liga,Kelajuan hantaran (meter/saat)
J1 League,8.14 m/s
J2 League,7.93 m/s
J3 League,7.98 m/s
[/table]

Analisis:

Berdasarkan analisis ini, dapat dirumuskan bahawa pemain yang beraksi dalam J1 lebih laju membuat hantaran.

Ini bermakna tempo permainan J1 League lebih tinggi berbanding J2 dan J3.

2. Jumlah hantaran dalam setiap perlawanan

2

Keputusan:

[table]
Liga,Purata jumlah hantaran,Peratusan hantaran lengkap
J1 League,460.8,75.2%
J2 League,427.6,69.8%
J3 League,441.3,70.7%
[/table]

Analisis:

Dengan purata lebih 400 hantaran dan peratusan hantaran lengkap mencapai 75%, J1 League menunjukkan kecenderungan untuk bermain dengan hantaran pendek.

Kualiti teknikal yang dimiliki pemain-pemain J1 League pula membolehkan mereka untuk mencatat peratusan hantaran lengkap yang lebih tinggi berbanding pemain-pemain J2 dan J3 League.

3. Jumlah hantaran ke depan (forward passes) dalam setiap perlawanan

3

Keputusan:

[table]
Liga,Jumlah forward passes,Peratusan forward passes,Peratusan forward passes yang lengkap
J1 League,172.1,37.3%,57.5%
J2 League,173.6,40.6%,51.0%
J3 League,177.9,40.3%,51.4%
[/table]

Analisis:

Ada sesuatu yang menarik daripada data ini.

Secara asasnya pasukan yang paling banyak membuat forward passes adalah pasukan yang berorientasikan serangan atau attack-oriented.

Data ini menunjukkan pasukan J3 League lebih attack-oriented berbanding pasukan J2 dan J1 League.

Ini kerana pemain-pemain J3 League lebih banyak membuat forward passes (purata 177.9 forward passes dalam setiap perlawanan) berbanding pemain-pemain J2 dan J1 League.

Bagaimanapun, hanya 51.4% daripada purata 177.9 forward passes tersebut yang sampai tepat kepada penerima.

Walaupun pemain J1 hanya membuat purata 172.1 forward passes dalam setiap perlawanan, 57.5% daripadanya sampai tepat kepada penerima.

Walaupun kuantiti forward passes mereka paling sedikit, kualiti forward passes merekalah yang paling tinggi.

Ini menunjukkan pemain J1 League lebih bijak membuat keputusan dalam padang dan mempunyai kemahiran teknikal yang lebih tinggi berbanding pemain-pemain J2 dan J1 League.

4. Jumlah hantaran sebelah (square passes) dalam setiap perlawanan

4

Keputusan:

[table]
Liga,Jumlah square passes,Peratusan square passes yang lengkap
J1 League,227.5,83.6%
J2 League,200.0,80.1%
J3 League,203.9,81.3%
[/table]

Analisis:

Pemain-pemain J1 League lebih banyak membuat square passes (purata 227.5 square passes dalam setiap perlawanan).

Dan seperti yang anda boleh jangka, hantaran square passes pemain-pemain J1 League jugalah yang paling banyak menemui sasaran dengan ketepatan 83.6%

5. Jumlah hantaran ke belakang (back passes) dalam setiap perlawanan

5

Keputusan: 

[table]
Liga,Jumlah back passes,Peratusan back passes yang lengkap
J1 League,61.2,93.6%
J2 League,54.0,92.0%
J3 League,59.5,92.3%
[/table]

Analisis:

Dengan purata 61.2 back passes dalam setiap perlawanan, pemain-pemain J1 League adalah yang paling banyak melakukan back passes.

Untuk pengetahuan anda, back passes adalah cara untuk pasukan mengekalkan penguasaan bola. Dengan back passes, serangan pasukan akan di-reset semula.

Ia adalah cara pasukan menyerang untuk tidak kehilangan bola ketika mereka sedang memasang garisan defensif yang tinggi.

Jika pasukan menyerang hilang bola ketika memasang garisan defensif yang tinggi, mereka kan mudah diserang balas oleh pasukan lawan.

Ini menunjukkan kecenderungan pasukan-pasukan J1 untuk menyerang dan mengekalkan penguasaan bola.

6. Jumlah hantaran pendek (kurang dari 15 meter) dalam setiap perlawanan

6

Keputusan:

[table]
Liga,Jumlah hantaran pendek,Peratusan jumlah hantaran pendek, Peratusan jumlah hantaran pendek yang lengkap
J1 League,253.6,55.0%,79.5%
J2 League,228.9,53.5%,74.8%
J3 League,241.1,54.6%,75.2%
[/table]

7. Jumlah hantaran sederhana (15-30 meter) dalam setiap perlawanan 

7

Keputusan:

[table]
Liga,Jumlah hantaran sederhana,Peratusan jumlah hantaran sederhana yang lengkap
J1 League,151.2,78.2%
J2 League,136.0,73.7%
J3 League,141.7,75.1%
[/table]

8. Jumlah hantaran jauh (lebih 30 meter) dalam setiap perlawanan 

8

Keputusan:

[table]
Liga,Jumlah hantaran jauh,Peratusan jumlah hantaran jauh yang lengkap
J1 League,56.1,47.4%
J2 League,62.7,43.0%
J3 League,58.4,41.8%
[/table]

9. Jumlah gol dalam setiap perlawanan

9

Secara purata, setiap perlawanan J League akan menghasilkan sekurang-kurangnya 1 gol. J1 League mempunyai purata 1.35 gol setiap perlawanan.

Manakala J2 League mempunyai 1.11 gol dan J3 League mempunyai 1.18 gol setiap perlawanan.

Jika dilihat dari jenis-jenis assists yang terhasil, majoriti gol yang dijaringkan dalam J League berpunca daripada setup play (situasi sepakan percuma dan sepakan sudut).

J1 League:

  • 28% gol dihasilkan dari setup play.
  • 17% dari hantaran lintang.
  • 14% dari hantaran pendek.
  • 9% dari through-pass
  • 8% penalti.
  • 2% dari long pass.

J2 League:

  • 28% gol dihasilkan dari setup play
  • 16% dari hantaran lintang
  • 12% hantaran pendek
  • 7% dari dribble, through-pass, bola muntah
  • 3% dari long pass

J3 League:

  • 27% dari setup play
  • 16% dari hantaran pendek
  • 12% hantaran lintang
  • 10% bola muntah
  • 7% dari through-pass
  • 6% dari dribble
  • 4% dari long pass

10. Jumlah bentesan (tackles) dalam setiap perlawanan

10

Keputusan:

[table]
Liga,Jumlah bentesan,Peratusan jumlah bentesan yang berjaya
J1 League,21.8,75.9%
J2 League,21.0,75.9%
J3 League,24.6,75.0%
[/table]

11. Jumlah halangan (blocks) dalam setiap perlawanan

11

Keputusan: 

[table]
Liga,Jumlah halangan
J1 League,17.4
J2 League,18.5
J3 League,19.6
[/table]

Kesimpulan

Berdasarkan data-data ini, jelas sekali majoriti pasukan J League dari J1 hingga J3 mempunyai DNA bola sepak seperti berikut:

  • Mengutamakan hantaran pendek ketika merancang serangan
  • Gemar menguasai bola.
  • Gemar merancang serangan dengan tenang (patient attacking build-up).
  • Apabila tiada ruang serangan atau diberi tekanan pemain lawan, mereka gemar memberi bola ke belakang semula (recycle possession) untuk mengekalkan penguasaan bola.
  • Menyerang dengan tempo permainan yang tinggi.
  • Peratusan hantaran jauh yang rendah. Gol yang berpunca daripada hantaran jauh juga paling rendah.
  • Majoriti gol terhasil daripada setup play, hantaran lintang dan hantaran pendek.

Daripada data ini sahaja, kita boleh mengetahui DNA bola sepak Jepun. Dan DNA inilah yang menghasilkan beribu-ribu pemain Jepun yang berkualiti.

DNA bola sepak mereka lebih menumpukan kepada kemahiran taktikal dan teknikal pemain. Kerana itu kekuatan mereka!

Baca juga: 23 TAHUN SELEPAS BELAJAR DARI FAM, J LEAGUE KEMBALI KE MALAYSIA SEBAGAI GURU PULA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN