Ini adalah preview (bahagian kedua) Copa America 2015 untuk semua pasukan kumpulan B dan C. Untuk membaca preview (bahagian pertama) semua pasukan kumpulan A, baca artikel ini: Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Copa America 2015 (Bahagian 1)
Kumpulan B
1. Argentina (ranking ke-3 dunia)
Selepas kempen Copa America 2011 yang mengecewakan dan kekalahan final Piala Dunia 2014, Argentina meneruskan kemarau 22 tahun tanpa sebarang trofi.
Meskipun mempunyai barisan pemain yang berkualiti, ketua jurulatih Argentina seringkali menghadapi masalah untuk membariskan 11 pemain yang mampu memberikan kestabilan pertahanan disamping kekuatan serangan mereka. Adakah Gerardo ‘Tata’ Martino orangnya?
Pada edisi 2011 yang dihoskan di negara mereka, Argentina bergelut di peringkat kumpulan sebelum tewas penentuan penalti dengan Uruguay di suku akhir.
Skuad:
Penjaga gol: Sergio Romero (Sampdoria), Nahuel Guzman (UANL), Mariano Andujar (Napoli)
Pertahanan: Pablo Zabaleta (Manchester City), Facundo Roncaglia (Genoa), Ezequiel Garay (Zenit St. Petersburg), Martin Demichelis (Manchester City), Nicolas Otamendi (Valencia), Marcos Rojo (Manchester United), Milton Casco (Newell’s Old Boys)
Tengah: Javier Mascherano (Barcelona), Lucas Biglia (Lazio), Ever Banega (Sevilla), Roberto Pereyra (Juventus), Fernando Gago (Boca Juniors), Angel Di Maria (Manchester United), Erik Lamela (Tottenham Hotspur), Javier Pastore (Paris Saint-Germain)
Penyerang: Lionel Messi (Barcelona), Sergio Aguero (Manchester City), Carlos Tevez (Juventus), Ezequiel Lavezzi (Paris Saint-Germain), Gonzalo Higuain (Napoli)
Ketua jurulatih: Gerardo Martino (ARG)
Pemain tumpuan: Lionel Messi, 27 (FC Barcelona)
Ketika Gerardo Martino mengurus Barcelona, Messi masih bermain di tengah sebagai false nine. Tetapi sejak bermain di bawah kendalian Luis Enrique, Messi tampil lebih berbahaya di kanan.
Pemain seperti Messi adalah rahmat bagi mana-mana pasukan tetapi masalah baru pula akan timbul – apakah taktikal sesuai yang memaksimumkan bahaya Messi tetapi pada masa yang sama memanfaatkan semua 23 pemain yang dipilih oleh Martino.
Perhatikan juga: Facundo Roncaglia, 28 (Genoa)
2. Uruguay (ranking ke-8 dunia)
Uruguay berdepan cabaran berat tanpa penyerang sensasi, Luis Suarez dan pertahanan, Martin Caceres.
Oscar Tabarez cuba menyuntik pemain baru dalam skuad senior dengan menyenaraikan 9 pemain muda yang mempunyai kurang 10 caps antarabangsa untuk mengurangkan kebergantungan terhadap muka-muka biasa yang semakin merosot prestasinya.
Pada edisi 2011, Uruguay hanya berada di tangga kedua kumpulan – di belakang Chile. Tetapi mereka berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir dan mudah menewaskan finalis Paraguay 3-0
Skuad:
Penjaga gol: Fernando Muslera (Galatasaray), Martín Silva (Vasco da Gama), Rodrigo Muñoz (Libertad).
Pertahanan: Maximiliano Pereira (Benfica), José María Giménez (Atletico Madrid), Diego Godín (Atletico Madrid), Sebastián Coates (Sunderland), Gastón Silva (Torino), Álvaro Pereira (Estudiantes LP), Mathías Corujo (Universidad de Chile), Jorge Fucile (Nacional).
Tengah: Álvaro González (Torino), Carlos Sánchez (River Plate), Egidio Arévalo Ríos (Tigres), Guzmán Pereira (Universidad de Chile), Nicolas Lodeiro (Boca Juniors), Cristian Rodríguez (Atlético Madrid), Giorgian De Arrascaeta (Cruzeiro).
Penyerang: Diego Rolan (Bordeaux), Jonathan Rodríguez (Benfica), Edinson Cavani (Paris Saint-Germain), Cristhian Stuani (Espanyol), Abel Hernández (Hull City)
Ketua jurulatih: Óscar Tabárez (URU)
Pemain tumpuan: Edinson Cavani, 28 (Paris Saint-Germain)
Tanpa kehadiran Luis Suarez dan Diego Forlan, Cavani adalah penyerang senior yang akan diharap untuk menjaringkan gol. Kerap diletakkan sebagai pemain sayap atau penyerang kedua di kelab dan skuad kebangsaan, Cavani pasti teruja dengan peluang menjadi penyerang utama kali ini.
Perhatikan juga: Giorgian De Arrascaeta, 21 (Cruzeiro)
3. Paraguay (ranking ke-85 dunia)
Sejak muncul naib juara Copa America 2011 tanpa memenangi sebarang perlawanan, prestasi Paraguay terus merudum.
Mereka menduduki tangga terbawah dalam kelayakan Piala Dunia 2014 dan hasilnya, mereka tidak layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1994.
Ketika ini, Paraguay dalam proses untuk membina semula pasukan mereka. Copa America 2015 adalah platform paling sesuai untuk memulakannya.
Skuad:
Penjaga gol: Justo Villar (Colo Colo), Antony Silva (DIM), Alfredo Aguilar (Guarani)
Pertahanan : Paulo Da Silva (Toluca), Pablo Aguilar (America), Marcos Caceres (Newell’s), Miguel Samudio (America), Ivan Piris (Udinese)Fabian Balbuena (Libertad), Bruno Valdez (Cerro Porteño)
Tengah: Victor Caceres (Flamengo), Osvaldo Martinez (Club America), Nestor Ortigoza (San Lorenzo), Richard Ortiz (Toluca), Oscar Romero (Racing Club), Osmar Molinas (Libertad), Eduardo Aranda (Olimpia)
Penyerang: Roque Santa Cruz (Cruz Azul), Lucas Barrios (Montpellier), Nelson Haedo Valdez (Eintracht Frankfurt), Edgar Benitez (Toluca), Derlis Gonzalez (FC Basel), Raul Bobadilla (FC Augsburg)
Ketua jurulatih: Ramón Díaz (ARG)
Pemain tumpuan: Richard Ortiz, 25 (Toluca)
Ortiz perlu sentiasa dirantai oleh pemain lawan kerana kelajuannya banyak menghasilkan kucar-kacir di kawasan penalti dari kawasan tengah. Jika mempunyai ruang, Ortiz juga mampu melepaskan misil bola deras melalui teknik percubaan jarak jauhnya.
Perhatikan juga: Derlis Gonzalez (FC Basel)
4. Jamaica (ranking ke-65 dunia)
Jamaica menyertai Copa America buat kali pertama dalam sejarah sebagai salah satu pasukan jemputan.
Pasukan kebangsaan mereka sedang berkembang dengan ramai pemainnya sedang bermain di Major League Soccer US dan beberapa liga Eropah. Secara fizikalnya, mereka lebih bagus tetapi masih kekurangan penetahuan taktikal dan pengalaman.
Squad:
Penjaga gol: Ryan Thompson (Pittsburgh Riverhounds), Duwayne Kerr (Sarpsborg 08), Dwayne Miller (Syrianska)
Pertahanan: Wes Morgan (Leicester City), Jermaine Taylor (Houston Dynamo), Michael Hector (Reading), Daniel Gordon (Karlsruher), Adrian Mariappa (Crystal Palace), Hughan Gray (Waterhouse FC), Kemar Lawrence (NY Red Bulls)
Tengah: Je-Vaughn Watson (FC Dallas), Rodolph Austin (Leeds United), Joel Grant (Yeovil), Lance Laing (FC Edmonton), Garath McCleary (Reading), Jobi McAnuff (Leyton Orient)
Penyerang: Allan Ottey (Mobay United), Giles Barnes (Houston Dynamo), Darren Mattocks (Vancouver), Simon Dawkins (Derby County), Deshorn Brown (Valarenga), Romeo Parkes (Isidro Metapan), Dino Williams (Mobay United)
Ketua jurulatih: Winfried Schäfer (GER)
Pemain tumpuan: Rodolph Austin, 30
Ketika ini Austin tidak mempunyai apa-apa kontrak dengan mana-mana kelab selepas Leeds tidak menyambung kontraknya. Peluang beraksi di Copa America ini bakal menjadi pentasnya untuk menarik kelab baru untuk menandatanganinya.
Perhatikan juga: Kemar Lawrence, 22 (NY Red Bulls)
Kumpulan C
1. Brazil (ranking ke-5 dunia)
Dunga terkenal dengan taktikal defensif dan pragmatik, sesuatu yang tidak disenangi rakyat Brazil. Jadi pemilihan Dunga adalah petanda CBF mahukan jurulatih yang boleh membawa kejayaan – dengan pantas – terutamanya selepas kempen Piala Dunia 2014 yang penuh bencana.
Meskipun timbul berita pemilihan pemain dibuat oleh syarikat penaja – bukannya ketua jurulatih – Dunga tetap memanggil beberapa nama lama dan baru yang tidak menyertai Piala Dunia 2014. Ini adalah petanda besar Dunga mahu memulakan era Brazil yang baru.
Skuad:
Penjaga gol: Jefferson (Botafogo), Marcelo Grohe (Grêmio), Neto (Fiorentina)
Pertahanan: Daniel Alves (Barcelona), Fabinho (Monaco), Filipe Luis (Chelsea), David Luiz (Paris Saint-Germain), Geferson (Internacional), Marquinhos (Paris Saint-Germain), Miranda (Atletico Madrid), Thiago Silva (Paris Saint-Germain)
Tengah: Casemiro (Porto), Douglas Costa (Shakhtar Donetsk), Philippe Coutinho (Liverpool), Elias (Corinthians), Fernandinho (Manchester City), Roberto Firmino (Hoffenheim), Everton Ribeiro (Al-Ahli), Willian (Chelsea)
Penyerang: Neymar (Barcelona), Robinho (Santos), Diego Tardelli (Shandong Luneng)
Ketua jurulatih: Dunga (BRA)
Pemain tumpuan: Neymar, 24 (FC Barcelona)
Perlukah kami terangkan lagi kepentingan Neymar kepada Brazil?
Perhatikan juga: Roberto Firmino, 23 (Hoffenheim)
2. Colombia (ranking ke-4 dunia)
Colombia mengekalkan sebahagian besar skuad Piala Dunia 2014, dengan pertambahan Radamel Falcao. Pemain tengah Fredy Guarin dan pemain kegemaran peminat Football Manager 2015, Eder Alvarez Balanta diketepikan kerana kecederaan.
Jose Pekerman dijangka akan mengekalkan sistem 4-2-2-2 yang digunakannya untuk membawa Colombia hingga ke suku akhir Piala Dunia 2014.
Pada edisi 2011, Colombia bermula baik dengan menjuarai kumpulan (yang dianggotai Argentina, Costa Rica dan Bolivia) sebelum tewas kepada Peru di suku akhir.
Skuad:
Penjaga gol: Cristian Bonilla (Equidad), David Ospina (Arsenal), Camilo Vargas (Atletico Nacional)
Pertahanan: Darwin Andrade (Standard Liege), Santiago Arias (PSV), Pablo Armero (Flamengo), Pedro Franco (Besiktas), Jeison Murillo (Granada), Carlos Valdes (Nacional), Cristian Zapata (Milan), Camilo Zuniga (Napoli)
Tengah: Edwin Cardona (Monterrey), Juan Cuadrado (Chelsea), Alexander Mejia (Monterrey), James Rodriguez (Real Madrid), Carlos Sanchez (Aston Villa), Edwin Valencia (Santos)
Penyerang: Carlos Bacca (Sevilla), Radamel Falcao (Manchester United), Teofilo Gutierrez (River Plate), Victor Ibarbo (Roma), Jackson Martinez (Porto), Luis Muriel (Sampdoria)
Ketua jurulatih: José Pekerman (ARG)
Pemain tumpuan: James Rodriguez, 23 (Real Madrid)
Aset utama pemain tengah ini adalah teknik dan kebijaksanaan beliau mencari ruang di antara jentera tengah dan serangan untuk melakukan percubaan luar kotak penalti.
Perhatikan juga: Jeison Murillo, 23 (Inter Milan)
3. Peru (ranking ke-61 dunia)
Pada edisi 2011, Peru yang tidak diberikan banyak harapan menyudahkan kempen Copa America di tempat ketiga. Pada separuh akhir, mereka tewas 0-2 kepada Uruguay, hasil jaringan Luis Suarez.
Ketua jurulatih, Ricardo Gareca baru sahaja mengambil alih pasukan kebangsaan Peru pada Februari. Memandangkan Peru berada di kumpulan sama dengan Brazil dan Colombia, timbul rasa ragu-ragu sama ada mereka mampu mengekalkan prestasi pada edisi lepas.
Skuad:
Penjaga gol: Pedro Gallese (Juan Aurich), Diego Penny (Sporting Cristal), Salomon Libman (Universidad Cesar Vallejo)
Pertahanan: Luis Advincula (Vitoria Setubal), Carlos Zambrano (Eintracht Frankfurt), Pedro Requena (Universidad Cesar Vallejo), Hansell Riojas (Universidad Cesar Vallejo), Christian Ramos (Juan Aurich), Yoshimar Yotun (Malmo FF), Jair Cespedes (Juan Aurich)
Tengah: Josephmir Ballon (Sporting Cristal), Edwin Retamoso (Real Garcilaso), Carlos Lobaton (Sporting Cristal), Carlos Ascues (Melgar), Joel Sanchez (Universidad San Martin), Paolo Hurtado (Pacos de Ferreira), Juan Manuel Vargas (Fiorentina), Christian Cueva (Alianza Lima)
Penyerang: Andre Carrillo (Sporting CP), Jefferson Farfan (Schalke 04), Yordy Reyna (Red Bull Leipzig), Paolo Guerrero (Flamengo), Claudio Pizarro (Bayern Munich)
Ketua jurulatih: Ricardo Gareca (ARG)
Pemain tumpuan: Paolo Guerrero, 31 (Flamengo)
Guerrero muncul penjaring terbanyak Copa America 2011 dengan 5 gol meskipun bermain sebagai penyerang bantuan di belakang Claudio Pizzaro. Kini bermain sebagai penyerang utama, Guerrero boleh menjaringkan lebih banyak gol.
Perhatikan juga: André Carrillo, 23 (Sporting Lisbon)
4. Venezuela (ranking ke-72 dunia)
Perkembangan bola sepak Venezuela semakin meningkat sejak menduduki tempat ke-4 dalam Copa America 2011. Pencapaian mereka diraikan dengan penuh gembira oleh bekas presiden mereka, Hugo Chavez.
Bagaimanapun sejak Noel Sanvicente mengambil alih jawatan ketua jurulatih pada November 2014, Venezuela menjadi pasukan yang lebih menyerang.
Masalah timbul apabila mereka tidak mempunyai pemain sayap yang baik untuk menyerang. Pertahanan mereka pula terdiri daripada barisan veteran edisi 2011 yang semakin tua.
Skuad:
Penjaga gol: Alain Baroja (Caracas), Wuilker Faríñez (Caracas), Daniel Hernández (Tenerife)
Pertahanan: Gabriel Cichero (Mineros de Guayana), Grenddy Perozo (Ajaccio), Andrés Túñez (Buriram United), Wilker Ángel (Deportivo Táchira), Alexander González (Thun), Roberto Rosales (Málaga), Fernando Amorebieta (Middlesbrough), Oswaldo Vizcarrondo (Nantes)
Tengah: Rafael Acosta (Mineros de Guayana), Ronald Vargas (Baliskersirspor), Franklin Lucena (Deportivo La Guaira), César González (Deportivo Táchira), Tomás Rincón (Genoa), John Murillo (Zamora), Luis Manuel Seijas (Santa Fe), Juan Arango (Tijuana), Alejandro Guerra (Atlético Nacional)
Penyerang: Edder Farías (Caracas), Gelmín Rivas (Deportivo Táchira), Christian Santos (NEC Nijmegen), Nicolás “Miku” Fedor (Rayo Vallecano), Josef Martínez (Torino), Salomón Rondón (Zenit)
Jurulatih: Noel Sanvicente (VEN)
Pemain tumpuan: Salomon Rondon, 25 (Zenit St. Petersburg)
Bayangkan Adriano tidak mempunyai masalah ketagihan alkohol, anda akan dapat Salomon Rondon. Mempunyai fizikal yang bagus, laju dan gemar menjaringkan gol dengan merembat sekuat-kuatnya persis Adriano, Rondon adalah penyerang yang lengkap.
Perhatikan juga: Jhon Murillo, 20 (Benfica)
Sumber: Getty Images
LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter