Apa Yang Fabrizio Romano Buat Di Petaling Jaya?

Selepas wartawan sukan sensasi, Fabrizio Romano melaporkan berkenaan pemecatan legenda Liverpool, Steven Gerrard sebagai jurulatih Aston Villa di media sosial miliknya, ia telah menjadi perhatian peminat bola sepak dari Malaysia.

Satu hal menjadi perhatian dek kerana legenda Liverpool itu dipecat dan satu lagi ia berkenaan lokasi semasa dirinya.

Hal ini kerana ketika Romano menyampaikan perkembangan terbaharu itu, beliau dikatakan berada di Petaling Jaya, Malaysia.

Ini berdasarkan lokasi yang dipaparkan di media sosial milik beliau ketika melaporkan pemecatan Gerrard itu.

Ia secara tidak langsung telah menjadi tular dan peminat di Malaysia juga berasa teruja melihat wartawan paling dipercayai komuniti bola sepak dunia kini berada di Malaysia.

Menurut beberapa sumber, kehadiran beliau ke Malaysia mungkin atas faktor jemputan rasmi dari pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menonton perlawanan akhir Piala AFC.

Perlawanan akhir itu akan menemukan antara KL City menentang wakil Oman, Al-Seeb yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Namun begitu, ada juga yang cuba berjenaka dengan mengatakan kehadiran wartawan sukan dari Itali ini disebabkan ingin berjumpa kenalan media sukan juga.

Difahamkan Romano ingin mengetahui kemahiran untuk mendapatkan beberapa sumber berita dan maklumat yang sukar didapatkan oleh wartawan biasa.

Bagi peminat sukan khususnya yang mengikuti perkembangan bola sepak dunia, pasti cukup kenal siapa susuk tubuh bernama Romano ini.

Antara individu yang cukup penting dan akan menjadi rujukan para peminat untuk mengetahui perkembangan semasa bola sepak.

Terutama ketika musim perpindahan pemain dan selagi belum ada ayat ‘Here Were Go’ dari beliau, maka perpindahan itu hampir pasti menjadi kenyataan.

Beliau antara sumber yang paling dipercayai dalam urusan perpindahan pemain dan bukan sekadar gosip biasa sahaja.

Jika benar beliau ada di Malaysia, diharapkan wartawan sukan tempatan boleh berjumpa dengan dirinya untuk bertukar-tukar pendapat berkenaan isu bola sepak terutamanya mengenai perpindahan pemain di Liga Malaysia biarpun kadang-kadang orang tidak ambil kisah.

Dari segi kemahiran mendapat maklumat ‘bocor’, kita sudah mempunyainya namun untuk sudut menjadi seperti Romano belum lagi ada di Malaysia.

Setakat ini, wartawan dari Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam serta T. Avineshwaran yang berkhidmat untuk The Star antara individu yang kerap melaporkan berkenaan isu semasa bola sepak di Malaysia dan antara sumber yang boleh dipercayai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN