Apa Yang Boleh Kita Pelajari Daripada Visi 100 Tahun Bola Sepak Jepun?

Jika bola sepak Jepun menjadi topik perbualan, pasti akan ada di kalangan kita yang berkata, ‘Malaysia pernah gah tewaskan Jepun satu ketika dahulu.’

Itu adalah rekod yang boleh kita banggakan. Tetapi tidak cukup untuk membuat kita mendabik dada pada hari ini.

Di Rusia, pemain dan penyokong bola sepak Jepun menawan hati dunia dengan bola sepak di atas padang dan sikap mereka.

Ia bukti bagaimana budaya bola sepak Jepun telah mengalami perubahan– bukan sahaja melalui aksi di atas padang, tetapi juga tahap kesungguhan mereka membudayakan bola sepak.

Visi 100 tahun

Pada 1991 bola sepak Jepun dianggap berada di tahap terendah. Liga utama mereka menyaksikan penyertaan pemain bertaraf amatur. Sebagai badan pentadbir bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) sedar sesuatu perlu dilakukan.

Tidak berdiam diri, Jepun pantas melakukan perubahan kepada bola sepak mereka. Tidak lama selepas itu, J League diperkenalkan. Hasilnya, pada hari ini Jepun memiliki kelab bola sepak profesional mereka sendiri.

TOKYO, JAPAN – OCTOBER 02: (CHINA OUT, SOUTH KOREA OUT) J.League chairman Saburo Kawabuchi speaks during the Asahi Shimbun interview on October 2, 1992 in Tokyo, Japan. (Photo by The Asahi Shimbun via Getty Images)

Tidak salah untuk melabel ianya sebagai antara liga terbaik di Asia pada hari ini. Objektif J League ialah untuk melahirkan seramai mungkin pemain profesional, memiliki lebih seratus kelab bola sepak dengan struktur pengurusan profesional sepenuhnya, dan objektif segala kerja keras itu ialah untuk menjadi juara Piala Dunia pada 2092.

Tiga tahun lagi, pada 2021 genaplah 3 dekad pelaksanaan rangka pembangunan bola sepak Jepun. Adakah mereka berjaya setakat ini?

Sekurang-kurangnya bola sepak di Jepun pada hari ini mampu bersaing dari segi populariti dengan dua sukan utama negara tersebut iaitu sumo dan besbol.

Sejarah bola sepak Jepun

Sebelum era J League dimulakan pada 1992, liga bola sepak amatur Jepun dikenali sebagai Japanese Soccer League (JSL). JSL  sudah bertapak selama 30 tahun sebelum itu.

Untuk melabel JSL gagal sepenuhnya adalah tidak adil. Kemuncak era JSL ialah apabila Jepun muncul pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik 1968.

TOKYO, JAPAN – MAY 26: (CHINA OUT, SOUTH KOREA OUT) Models display the uniforms of 10 participating teams of the J.League on May 26, 1992 in Tokyo, Japan. (Photo by The Asahi Shimbun via Getty Images)

Selepas itu, minat terhadap bola sepak di negara matahari terbit itu mulai pudar. Kadar kehadiran menonton perlawanan turut menurun. Bola sepak Jepun seperti ‘hidup segan, mati tidak mahu.’

Fenomena ini tidak sebenarnya tidak menghairankan memandangkan status JSL sebagai liga amatur.

J League

Sebelum J League diperkenalkan, Jepun berada di kedudukan ke-40 di dalam rangking dunia FIFA. Pengenalan J League oleh JFA juga tiba tepat pada masanya.

Pertumbuhan ekonomi di rantau Asia pada ketika itu memberikan kekuatan kewangan untuk kelab-kelab Jepun mendapatkan nama-nama besar untuk beraksi bersama mereka.

Antaranya ialah Zico, Dunga dan juga Gary Lineker. Pemain-pemain berkelas dunia ini bukan sahaja membawa kualiti kepada aksi di atas padang. Lebih daripada itu, ia turut membawa nilai komersil terutama sebagai daya penarik penyokong untuk turun ke stadium.

TOKYO, JAPAN – JANUARY 16: (EDITORIAL USE ONLY) Zico of Kashima Antlers in action during the Suntory Championship second leg match between Verdy Kawasaki and Kashima Antlers at the National Stadium on January 16, 1994 in Tokyo, Japan. (Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

Hanya selepas tiga musim J-League diperkenalkan, ranking FIFA Jepun naik ke kedudukan ke-21 dunia, dan setiap perlawanan memiliki purata kehadiran di stadium sekitar 20,000 penonton.

Namun apa sahaja yang dirancang, pasti akan ada cabaran yang perlu ditempuhi. Jepun dilanda krisis ekonomi pada 1997, yang menjadi punca utama kemerosotan sehingga 50% kehadiran penyokong.

TOKYO, JAPAN – JANUARY 01: (EDITORIAL USE ONLY) Kashima Antlers supporters cheer up during the 90th Emperor’s Cup final match between Kashima Antlers and Shimizu S-Pulse at the National Stadium on January 1, 2011 in Tokyo, Japan. (Photo by Masashi Hara/Getty Images)

Lebih parah lagi, pihak penaja mulai menarik diri menyebabkan kebanyakkan kelab-kelab utama berhadapan dengan kemuflisan.

Masalah ini adalah petanda jelas kepada badan pentadbir J League bahawa sejenis platform untuk memastikan kelab-kelab bertanding mampu berdikari di saat sukar perlu diwujudkan.

Struktur bola sepak

Ketika inilah blue print visi 100 tahun diperkenalkan, dengan struktur bola sepak yang lebih holistik selaras dengan definisi profesional.

Tujuannya ialah supaya kelab-kelab bertanding mampu menangani sebarang jenis krisis ekonomi.

Arsene WENGER – 20.04.1995 – Entrainement Nagoya Grampus – J League, Photo : Alain Gadoffre / Icon Sport

Kelab-kelab digalakkan untuk berkomunikasi dan menarik perhatian komuniti di sekeliling mereka, menjalinkan hubungan bersama syarikat-syarikat tempatan–besar dan kecil, dan juga memperkasakan pembangunan akar umbi yang merupakan asas kekuatan mana-mana kelab bola sepak dunia.

Badan pentadbir J League berpendapat ini adalah idea mampan yang mampu memajukan lagi saingan liga mereka ke tahap yang lebih kompetitif.

Pada asalnya, liga utama J League memiliki 16 pasukan bertanding dan 10 pasukan di liga bawahan. J1 League kemudiannya diperkenalkan dan memiliki 18 pasukan, dan J2 League kemudiannya memiliki 22 pasukan, dengan penambahan sebanyak 14 pasukan keseluruhan.

TOKYO, JAPAN – FEBRUARY 15: (EDITORIAL USE ONLY) Captains of J.League J1 clubs line up on stage during the J.League Kick Off Conference on February 15, 2018 in Tokyo, Japan. (Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

Jelas ianya adalah satu penambahan ketara.

Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan liga yang kompetitif dan pasukan dari J1 bersaing di Asian Champions League (ACL). Skuad kebangsaan mereka turut menyinar dan berada di kedudukan tertinggi pernah dicapai, di tangga ke-9 dunia pada 1998.

Hari ini piramid bola sepak Jepun terdiri daripada 6 aras, dengan 3 divisyen utama. Skuad kebangsaan mereka turut menyinar dan menawan ramai hati pemerhati bola sepak dari seluruh dunia.

Eksport J League

Sejak 1998, skuad Samurai Biru telah beraksi di setiap edisi Piala Dunia. Ketika di Perancis, skuad 22 pemain yang digelar mereka berpengkalan di J League termasuk pemain kelahiran Brazil, Wagner Lopez yang mendapat taraf naturalisasi.

Pada ketika itu, nama Hidetoshi Nakata menjadi sebutan seluruh rantau Asia sebagai pemain Jepun pertama yang beraksi di liga utama di Eropah sejurus tamat kejohanan.

(Photo by Mark Sandten/Bongarts/Getty Images)

20 tahun selepas itu di Rusia, 14 daripada 23 anggota skuad Jepun telah berkelana di luar Asia untuk karier profesional peringkat kelab. Kebanyakan mereka beraksi di eropah, dengan Bundesliga menjadi destinasi utama.

Pemain senior seperti Keisuke Honda kini beraksi bersama Pachuca di Liga MX Mexico selepas turut pernah menyarung beberapa jersi kelab utama di eropah seperti CSKA Moscow dan juga AC Milan.

Pemain paling berpengaruh pada hari ini pastinya ialah Shinji Kagawa yang beraksi bersama Borussia Dortmund, dan juga Shinji Okazaki yang menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Leicester City pda musim 2015/16.

(Photo credit should read JACK GUEZ/AFP/Getty Images)

Tatkala nama seperti Nakata kini berstatus legenda, Honda berada di penghujung karier profesional sebagai pemain, Jepun tidak ketandusan bakat muda di Eropah.

Kami yakin, selepas ini giliran pemain dan generasi baru Jepun seperti Tatsuya Ito, Mitsuru Maruoka, Takumi Minamino ataupun Takefusa Kubo akan menjadi sandaran skuad Samurai Biru di masa hadapan.

Jepun: Juara Piala Dunia 2092?

Mampu atau tidak Jepun bergelar dunia pada 2092, hanya masa akan menentukan. Sekurang-kurangnya mereka berada di landasan tepat untuk menghasilkan lebih dari 100 kelab bola sepak profesional di negara mereka.

Ini bermakna, visi mereka berada di landasan yang tepat. Lebih daripada itu, Jepun kini memiliki struktur bola sepak yang betul, sesuai dengan tuntutan era bola sepak moden pada hari ini.

Kejayaan tidak datang sekelip mata. Ia memerlukan usaha keras dan berterusan berdekad-dekad lamanya. JFA sedar akan hal itu, bertindak dan enggan menoleh ke belakang lagi.

(Photo by Anton NovoderezhkinTASS via Getty Images)

Hari ini kualiti J League terus dipertingkatkan dari setiap sudut. Hasilnya, skuad kebangsaan Jepun turut meraih kualiti dan juga populariti di persada bola sepak dunia.

Ketibaan Andres Iniesta dilihat akan memberi impak yang sama seperti ketika Zico dan Lineker memerah keringat di negara matahari terbit itu. Kebanjiran pemain berusia di bawah 18 tahun berkelana di akademi-akademi bola sepak utama seluruh eropah juga adalah sebab mengapa negara matahari terbit tersebut boleh terus optimis akan masa depan bola sepak mereka.

Rumusan

Ini ialah kisah sebuah visi dan impian yang memerlukan perancangan serta pelaksanaan rapi selama 100 tahun.

Ia bukan sembang kosong, atau sekadar ‘presentation’ Power Point sekadar untuk sebagai amalan koporat semata-mata. Tetapi visi ini menuntut kerja keras, disiplin dan sikap profesional tanpa putus

Apa bola sepak Malaysia boleh pelajari daripada Jepun? Kita boleh memilih untuk tidur selama 100 tahun lagi dan berpuas hati sekadar cemburu dengan pencapaian Jepun.

Atau adakah benar kita peduli? Tepuk dada, tanya selera.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN