Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham dalam kalangan penyokong telah berkongsi mengenai pengalaman beliau dan keadaan semasa pasukan di Facebook semalam.
Beberapa perkongsian yang sebelum itu dipersoalkan oleh para penyokong Kelantan telah pun dijelaskan dengan sangat baik oleh Zamsaham termasuk mengenai hala tuju pasukan setakat ini.
Prestasi pemain import
Antara yang menarik, Zamsaham dengan jelas ketika ini kurang berpuas hati mengenai prestasi semasa dua pemain import mereka iaitu Nixon Guylherme serta Kenta Hara.
Zamsaham menyatakan setakat ini beliau sudah membangkitkan hal tersebut kepada ejen pemain serta dua amaran mengenai prestasi sudah dikeluarkan.
🇯🇵 Kenta Hara!!!#ThePowerOfGomoMindset#GomoKelateGomo#TRWSelamanya pic.twitter.com/ex9VTVThtL
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) June 25, 2022
Beliau juga memaklumkan mengenai bonus KPI kedua pemain tersebut sudah ditolak selain memberi bayangan masa depan mereka pada musim hadapan.
Enggan dikata sekadar menang nasib
Zamsaham juga menyatakan kemenangan Kelantan selama ini bukan sekadar bergantung kepada nasib sahaja.
Beliau menjelaskan segalanya juga berjaya disebabkan usaha, doa, serta sokongan para penyokong yang hadir untuk memberi sorakkan buat Kelantan.
Terima kasih wira-12 yang hadir memenuhi ruangan Stadium Sultan Muhammad IV untuk memberi sokongan kepada pemain Kelantan FC semalam.
Kita berjumpa lagi di perlawanan seterusnya pada 4 September 2022 menentang Selangor FC II. #ThePowerOfGomoMindset#BismillahiMasyaAllah pic.twitter.com/3WjiFvl0HT
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) August 22, 2022
“Dah 16 perlawanan TRW masih pendahulu liga, menang 10 perlawanan. Bolos paling sikit berbanding team yang keluarkan belanja lebih besar dari kita.
“Tak logik rasanya menang sebab luck. Sebab usaha, doa, sokongan fans, tawakkal, dan takdir,” jelas Zamsaham.
Semangat juang
Pemilik kelab tersebut menyatakan mereka pada awalnya bermula tanpa meletakkan harapan tinggi untuk muncul juara.
Beliau juga berkata pada pemain jika semangat untuk menang sahaja belum cukup, selain memerlukan latihan dan usaha kuat.
Tambah Zamsaham, mana-mana pemain yang tidak ada semangat juang serta membawa aura negatif bakal disingkirkan daripada pasukan.
Sasaran asal Kelantan
Pada asalnya Zamsaham menyatakan Kelantan tidak meletakkan harapan tinggi untuk muncul selaku juara Liga Premier.
Sasaran beliau ketika itu lebih kepada layak secara merit serta menjadi antara dua pasukan terbaik pada musim ini, namun segalanya kini berjalan dengan lancar serta Zamsaham menganggap sebagai bonus sekiranya mereka mendapat piala.
📈| Berikut merupakan carta kedudukan Liga Premier #LP16
Kemaskini 22 Ogos 2022.#ThePowerOfGomoMindset#BismillahiMasyaAllah#GomoKelateGomo#TRWSelamanya pic.twitter.com/w8oTeSv5Uz
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) August 22, 2022
Zamsaham nafi tidak ada semangat
Antara perkara yang ditekankan Zamsaham ialah mengenai persoalan orang ramai tentang semangat beliau untuk membawa naik bola sepak Kelantan.
Beliau menjelaskan secara umum sekiranya tidak ada semangat, Zamsaham mungkin tidak akan sesekali berhasrat untuk membeli kelantan.
Zamsaham juga mendedahkan antara pengalaman ngeri sewaktu beliau mula mengambil alih Kelantan, seperti dikelilingi 179 orang yang membuat tuntutan hutang lama, menyelesaikan masalah lama kelab bersama FIFA, serta dimaki kerana lambat membuat pembayaran gaji.
Pertukaran jurulatih
Anak jati Johor ini mendedahkan pengendali Kelantan iaitu Rezal Zambery Yahya bukan sekadar jurulatih kelab, malah mereka merupakan rakan kongsi dalam perniagaan.
Zamsaham juga mendedahkan beliau mempunyai perancangan lebih besar buat Rezal pada masa akan datang dan sedia menggantikan khidmat jurulatih tersebut.
Sesi latihan pasukan Kelantan FC kendalian Rezal Zambery Yahya di Padang Latihan TRW, petang tadi menjelang aksi Liga Premier 2022 menentang Terengganu II FC di Stadium Sultan Muhammad IV, ahad ini.#ThePowerOfGomoMindset#BismillahiMasyaAllah#GomoKelateGomo#TRWSelamanya pic.twitter.com/bZhFZMd1Kw
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) August 18, 2022
Setakat ini, Rezal dilihat berjaya membawa Kelantan dengan konsisten dalam persaingan liga, biarpun kadangkala ditimpa beberapa masalah seperti kecederaan pemain.