“Apa Sumbangan Anda Kepada Negara?” Tanya Netizen Buat Atlet Footgolf Malaysia

Tercetus suatu perbalahan beberapa hari lalu dan terus tular sehingga kini di media sosial membabitkan pengulas sukan iaitu Hanif Miswan bersama netizen di media sosial X mengenai kejohanan olimpik.

Terdahulu, Hanif di media sosial X milik beliau meluahkan kebimbangan mengenai sikap peminat sukan di Malaysia yang dianggap meromantiskan kegagalan atlet serta menganggap ia sebagai suatu kebiasaan.

“Takut baca komen komen netizen pasal cara nak melaporkan kekalahan ni. Meromantiskan kegagalan dan meraikan kebiasaan?” luah Hanif sebelum dirinya menjadi mangsa serangan netizen yang tak berpuas hati.

Di ruangan komen, pelbagai kecaman dilemparkan kepada Hanif dengan kebanyakan mereka tidak bersetuju apa telah diluahkan oleh beliau mengenai perkara tersebut.

Malah ada turut mempertikaikan kerjaya Hanif selaku pengulas sukan yang dianggap telah banyak memberi kritikan kepada atlet selain beberapa lagi komen-komen kritikan lain.

Malah, ada juga netizen yang menyuruh Hanif menjadi atlet terlebih dahulu sebelum memberi pandangan kepada situasi di pentas olimpik baru-baru ini.

“Cuba bang jdi athlete and comeback again to write this?” soal bananajihxh kepada Hanif sebelum ramai mula tampil mempertahankan pengulas sukan tersebut.

Ini kerana, Hanif sebenarnya merupakan atlet yang mewakili Malaysia untuk ke saingan footgolf malah turut menyertai kejohanan bertaraf dunia pada tahun lalu.

Rekod sebelum ini menyaksikan Hanif sebenarnya telah pun menyertai kejohanan Piala Dunia untuk saingan footgolf di Orlando pada tahun lalu selain beberapa pencapaian lain dianggap sangat membanggakan.

Malah, pemilik Kakijersi iaitu RonKemar turut hadir mempertahankan Hanif selain menyatakan personaliti televisyen itu pernah menghuni kedudukan 10 terbaik dunia.

“Kah kah kah! Silap besar la kau petik @HanifMiswan17. Die wakil Malaysia untuk footgolf world cup dkt orlando USA dan team Malaysia dapat top 10 terbaik dunia ya.

“Die dah contribute utk sukan tanah air, kau? Lain kali sebelum nak minat sukan, amik tau dulu before nak meroyan,” kata RonKemar pula di media sosial X untuk mempertahankan Hanif.

Walaupun begitu, kecaman tampak berterusan dalam kalangan netizen walaupun mereka mengetahui Hanif sebagai seorang atlet mewakili negara di kejohanan footgolf.

Apapun, kami di Semuanya BOLA berharap segala persengketaan ini ditamatkan dan sama-sama kembali berganding bahu untuk memberi sokongan buat atlet Paralimpik Malaysia pula tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN