Apa Pun Terjadi, KL City Akan Bawa Pulang Minima RM4 Juta Dari Piala AFC

Kuala Lumpur City

Kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) mara ke perlawanan akhir Piala AFC semalam pastinya amat disenangi oleh penyokong mereka khasnya dan bola sepak Malaysia amnya.

Maranya KL City ke perlawanan akhir menjadikan mereka berpeluang cerah untuk memperoleh kejuaraan kedua dibawah kendalian Bojan Hodak selepas memenangi Piala Malaysia tahun lalu.

Kemenangan mengatasi PFC Sogdiana dalam penentuan sepakan penalti semalam turut membawa KL City ke lembah durian runtuh apabila berjaya mara ke perlawanan akhir.

Piala AFC: ‘Tangan Emas’ Mendoza Bawa KL City Ke Pentas Final

Di Twitter, sebuah akaun bernama @abearfromSEA mendedahkan yang KL City akan memperoleh sekurang-kurangnya RM4 juta hasil layak ke perlawanan akhir Piala AFC.

Semua ini dihasilkan menerusi kejayaan KL City menjadi juara zon ASEAN, dan wang yang bakal diterima hasil menjadi juara atau naib juara keseluruhan kejohanan.

“Hadiah kemenangan KL City di Piala AFC 2022 – pemenang zon ASEAN, 100 ribu+juara 1.5 juta atau naib juara 750 ribu = 1.6 juta atau 850 ribu,” ciap @abearfromSEA di Twitter.

Angka yang dinyatakan sebenarnya adalah dalam matawang US Dollar namun apabila ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, jumlah minima yang akan diperoleh KL City adalah sekitar RM3.9 juta.

Namun jika mereka berjaya mencipta sejarah dengan menjadi juara Asia, wang akan menjadi lebih tinggi dengan skuad Warga Kota bakal memperoleh RM7.4 juta.

Jumlah itu kemudiannya perlu ditolak dengan KL City perlu membayar kepada AFC dengan jumlah sebanyak 5% sebagai tanda tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada mereka.

Sungguhpun begitu, ianya adalah satu durian runtuh untuk KL City selepas berjaya menunjukkan persembahan yang cukup cemerlang di peringkat Asia.

Mereka akan bertemu Al Sebb pada perlawanan akhir di Cheras, 22 Oktober ini.

Leave a Reply