Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pasukan-Pasukan Di Playoff SCL2017

Selangor Champions League musim 2017 sudah semakin rancak apabila undian bagi pusingan SCL2017 Playoffs telah pun berlangsung pada bertempat di ibu pejabat Semuanya BOLA pada 25 Julai jam 9.00 malam.

Undian telah dibuat oleh pengacara undangan dari Armada Bola, saudara Aizat Afif dari Armada Bola dan digandingkan bersama Ketua Editor Semuanya BOLA, saudara Muzzamil.

Sebanyak 9 pasukan yang telah terpilih bagi pusingan Playoff ini yang telah dipilih oleh pihak penganjur berdasarkan kejayaan pasukan masing-masing sepanjang musim 2016 dan 2017.

Pasukan-pasukan ini diundi dan dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan dan juara setiap kumpulan bersama-sama dengan pasukan terbaik yang berada di tempat kedua akan mara ke SCL2017.

Bagi kumpulan A, pasukan yang terpilih adalah Rasta Tigers, Condoh FC dan Qharma FC.

Bagi kumpulan B pula, pasukan SKJ SC, AZS FC dan SA United telah diundi bersama.

Manakala bagi kumpulan C pula kita melihat pasukan PIB FC, ZXiV FC dan FC Serayan akan berentap untuk melayakkan diri ke SCL2017.

Apa yang anda perlu tahu tentang Kumpulan A?

Di dalam kumpulan A, Rasta Tigers merupakan pasukan yang tidak asing lagi di kawasan TTDI, merupakan juara bagi Garden Social League musim 2017 dan merupakan Naib Juara Garden Social League pada musim 2016.

Rasta Tigers akan menentang Qharma FC bagi perlawanan pertama mereka di peringkat playoffs, pasukan yang berasal dari KV League Gombak. Mereka berjaya meraih tempat ketiga di KV League Gombak pada musim 2017 dan juga tempat ketiga di KV League Damansara pada musim 2016.

Condoh FC pula merupakan semi-finalist bagi Kota Damansara Premier League pada musim 2017 dan juga merupakan runner-up bagi KV Premier League bagi musim 2016 turut akan memberi saingan yang sengit di dalam kumpulan A.

Apa yang anda perlu tahu tentang Kumpulan B?

Bagi kumpulan B, SKJ SC yang merupakan runner-up bagi Gaucho RF League akan menentang SA United.

SA United merupakan satu pasukan yang sangat berpengalaman dan merupakan quarterfinalist bagi Prestige Cup dan meraih tempat keempat di dalam liga KV Super League Shah Alam.

AZS FC pula memiliki pengalaman yang luas dan satu pasukan yang digeruni di Liga KV League Cyberjaya. Mereka merupakan pasukan di tempat ketiga bagi KVL Cyberjaya musim ini.

Apa yang anda perlu tahu tentang Kumpulan C?

Akhir sekali, di dalam kumpulan C kita akan melihat persaingan sengit di antara PIB FC (ketiga KVl Super League) yang berpengalaman bertanding di dalam liga FAS Super League, ZXiV FC (Naib Johan bagi KV League Damansara) dan FC Serayan (Juara JES League).

FC Serayan merupakan pasukan yang tidak asing lagi di dalam bola sepak amatur dan pasti akan memberi saingan yang sangat sengit di dalam Kumpulan C.

Rumusan

Semua perlawanan Playoffs bagi SCL2017 akan berlangsung di Padang Bola Sepak Johan Setia, Klang pada 5, 12 dan 19 Ogos 2017. Semua perlawanan akan berlangsung pada jam 3.00 PM dan akan berakhir pada jam 7.00 PM. Jadual perlawanan adalah seperti yang berikut:

5 Ogos 2017

3.00PM: Rasta Tigers vs Qharma FC

4.20PM: SKJ SC vs SA United

5.40PM: PIB FC vs FC Serayan

12 Ogos 2017

3.00PM: SA United vs AZS FC

4.20PM: FC Serayan vs ZXiV FC

5.40PM: Qharma FC vs Condoh FC

19 Ogos 2017

3.00PM: PIB FC vs ZXi FC

4.20PM: Condoh FC vs Rasta Tigers

5.40PM: AZS FC vs SKJ SC

Yuran

Yuran Pendaftaran: RM100 / pasukan
Yuran perlawanan: RM350 / perlawanan setiap pasukan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang soalan mengenai pusingan playoffs ini, sila hubungi Amir (+6017 291 5792), Saufi (+6012 354 3754) dan Nabil (+6017 250 6543).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN