‘Apa Jadi Dengan Terengganu FC?’ – Hatrik Darren Lok Buat Penyu Menangis

Apa dah jadi dengan Terengganu FC? Itu antara pertanyaan yang kami perolehi daripada peminat bola sepak tempatan dan penyokong pasukan itu ketika sedang menikmati sahur pada awal pagi tadi.

Tempoh rehat antarabangsa yang panjang selain dianggap sebagai pasukan paling ‘segar’ di dalam saingan Liga Malaysia – kerana belum beraksi walaupun satu perlawanan sebelum ini.

Namun ia seolah-olah membuatkan skuad kendalian Nafuzi Zain ‘keliru’ dan ‘pening’ apabila tewas 3-0 dengan mudah kepada Petaling Jaya FC dalam saingan Liga Super pada malam tadi.

Bukanlah mahu memandang rendah Petaling Jaya FC (PJ FC) kendalian P. Maniam yang hanya menggunakan khidmat pemain tempatan untuk keseluruhan skuad mereka pada musim ini.

Tidak dinafikan pasukan dengan jolokan The Phoenix yang dianggap seperti ‘Athletic Bilbao Malaysia’ itu mempunyai kelebihan dan aura mereka tersendiri pada musim ini.

Tetapi apabila berhadapan pasukan segah Terengganu FC, sekurang-kurangnya penyokong mengharapkan aksi yang sengit di antara kedua-dua pasukan. Tetapi sebaliknya yang berlaku pada malam tadi.

The Phoenix terbang tinggi

Berbanding pasukan kendalian P. Maniam, skuad penyu kendalian Nafuzi Zain menurunkan kesemua pemain import mereka di dalam kesebelasan utama pada malam tadi.

Bagaimanapun kesebelasan pemain tempatan milik PJ City FC yang berjaya mencuri tumpuan, khususnya Darren Lok yang meledak hatrik dalam perlawanan ini.

Kemenangan bergaya ini membenarkan PJ FC merakam kemenangan kedua pada musim ini. Terengganu FC pula jelas perlu melakukan evaluasi terhadap prestasi yang mereka tampilkan.

Gol pertama Darren dihasilkan hanya selepas 13 minit perlawanan berlangsung selepas pemain itu menolak masuk  hantaran K Kannan untuk gol pertama tuan rumah.

Kannan jelas menjadi masalah buat barisan pertahanan Terengganu FC yang gagal menyekat ancaman pemain itu dari bahagian sayap apabila sekali lagi berjaya melakukan assist untuk Darren melebarkan kedudukan pada minit ke-31 perlawanan.

Tujuh minit kemudian Darren melengkapkan hatrik, sekali lagi melalui hantaran bahagian sayap PJ City – kali ini dari sebelah kanan untuk memastikan langkah Terengganu FC terus dimatikan di dalam perlawanan ini.

Apa punca Penyu menangis?

Tidak dapat dipastikan apakah punca aksi longlai yang ditampilkan Terengganu FC di dalam perlawanan ini.

Adakah ia disebabkan ketiadaan ‘match fitness’ akibat tempoh rehat yang panjang berbanding PJ City yang beraksi dalam perlawanan ketiga Liga Super pada musim ini?

Satu perkara yang pasti, Nafuzi Zain perlu melakukan sesuatu sekiranya mahu Terengganu FC tampil sebagai salah sebuah pasukan yang mencabar kejuaraan pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN