Apa Itu Malaria, Kesan Kepada Aubameyang Dan Kemungkinan Jangkitan Di Malaysia?

Penyerang Arsenal Pierre Emerick-Aubameyang telah disahkan menghidap penyakit Malaria. Beliau dipercayai terkena jangkitan Malaria ketika menyertai skuad kebangsaan Gabon dalam tugasan antarabangsa baru-baru ini.

Malaria tidak mengenal mangsa. Individu yang sihat seperti atlet dan pemain bola sepak profesional turut tidak terkecuali terdedah dengan Malaria.

“Saya telah berada di hospital sejak beberapa minggu lalu. Malangnya saya disahkan dijangkiti Malaria ketika tugasan antarabangsa bersama Gabon. Saya sudah semakin sihat, terima kasih untuk doktor yang mengesa dan merawat virus ini dengan pantas,” ujar Aubameyang dalam satu muat naik di Instagram.

Walaupun Aubameyang disahkan sudah semakin sihat dan berkemungkinan akan keluar dari hospital dalam masa terdekat, ianya tidak mudh untuk Aubameyang kembali terus ke skuad utama Arsenal untuk beraksi.

Apa itu Malaria?

Definisi malaria adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menyebabkan komplikasi kepada sel darah merah dan organ-organ badan. Cara penyakit malaria berjangkit adalah melalui gigitan nyamuk betina yang membawa protozoa spesis Plasmodium.

Cara lain Malaria boleh berjangkit adalah dengan perkongsian jarum yang tercemar, atau jangkitan pada darah, di mana ia mustahil untuk Aubameyang dijangkiti oleh cara-cara tersebut selain disebabkan nyamuk.

Dalam kes-kes yang serius, Malaria boleh menyebabkan kematian.

Simptom dan gejala malaria

Dakalanya sukar untuk membandingkan simptom-simptom penyakit Malaria kerana ia seakan-akan memberi petanda yang sama seperti penyakit lain. Malaria juga boleh dibahagikan kepada simptom “tanpa komplikasi” dan yang datang “dengan komplikasi”. Berikut adalah simptom-simptom awal demam malaria tanpa komplikasi:

https://twitter.com/jshmugisha/status/1346051821371092993

    1. Demam panas – suhu pesakit boleh mencecah hingga 41 darjah Celcius dan ini boleh disertai dengan menggigil dan berpeluh yang banyak.
    2. Sakit kepala – jangkitan oleh protozoa ini boleh menyebabkan komplikasi secara langsung ataupun tidak langsung kepada otak yang akan diterjemahkan melalui sakit kepala.
    3. Lemah badan – hal ini boleh disebabkan kesan jangkitan akut oleh protozoa ini ataupun disebabkan kesan seperti anemia (kurang sel darah merah).
    4. Sakit otot – gejala ini kerap dilihat pada jangkitan influenza dan demam denggi dan tidak diketahui mengapa pesakit mengalami simptom ini apabila mendapat penyakit malaria.

Bagaimana kesan Malaria terhadap Aubameyang?

Untuk kebanyakkan orang, simptom dari jangkitan akan kekal selama 10 hari sehingga empat minggu dari jangkitan asal. Ini menjelaskan mengapa Aubameyang tidak boleh turun beraksi dalam beberapa perlawnanan untuk Arsenal sejak kembali dari tugasan antarabangsa bersama Gabon.

Apabila dijangkiti, ia bermakna virus tersebut berada di dalam sistem badan. Ini menyebabkan keupayaan fizikal Aubameyang akan menjadi terhad tanpa beliau sendiri menyedarinya.

Secara tidak langsung, ia akan mengganggu tahap kecergasan Aubameyang dan menjadi punca penampilan tidak bermaya pemain ini di dalam padang.

Aubameyang bukan satu-satunya pemain berprofil tinggi yang pernah mengalami jangkitan Malaria. Didier Drogba turut dijangkiti Malaria pada November 2010 ketika mash bersama Chelsea.

Pada ketika itu Carlo Ancelotti mendedahkan penyerang Ivory Coast itu hilang semua kemampuan dan keupayaan ketika sesi latihan.

Ini sedikit sebanyak menjelaskan aksi longlai Aubameyang sebelum beliau tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Sheffield United sbeelum ini. Kini beliau sedang menjalani rawatan, dan harapan sudah tentu agar Aubameyang kembali berbisa untuk membantu Arsenal.

Ancaman Malaria di Malaysia

Jangkitan Malaria merupakan masalah yang masih aktif di Malaysia walaupun tidak setinggi kes denggi. Langkah pencegahan yang efektif memerlukan penglibatan bermula dengan individu hinggalah kepada peranan masyarakat dalam membasmi nyamuk penyebab malaria ini.

Di Malaysia terdapat empat jenis jangkitan malaria bergantung kepada jenisnya. Berikut adalah jangkitan yang oleh spesis protozoa ini:

  • Plasmodium Falciparum
  • Plasmodium Vivax
  • Plasmodium Malariae
  • Plasmodium Knowlesi

Walaupun jangkitan ini tidaklah setinggi wabak denggi di Malaysia, ianya tidak harus dipandang ringan. Demam Malaria sememangnya telah menjadi wabak di sesetengah negara terutamanya di negara-negara benua Afrika. Di Malaysia, kawasan tompokan panas jangkitan ini boleh dilihat banyak di negeri Sabah dan Sarawak.

Ini bermakna jika anda seorang pemain bola sepak, atau sesiapa sahaja di negara ini masih mempunyai kemungkinan untuk dijangkiti Malaria seperti Aubameyang.

Pencegahan dari Malaria

Cara mencegah penyakit Malaria adalah  serupa dengan langkah pencegahan demam denggi. Antara langkah-langkah pencegahan Malaria yang boleh diambil oleh masyarakat ialah seperti:

1) Memastikan tiada tempat untuk nyamuk membiak

  • Buang air bertakung seperti pada pasu bunga dan penutup tong sampah
  • Tutup bekas atau kawasan yang mudah menakung air atau letakkan garam
  • Pastikan tiada saliran air seperti longkang tersumbat dan boleh mengalir dengan lancar
  • Menggunakan semburan racun nyamuk bagi membunuh nyamuk

2) Mengambil langkah pengelakkan gigitan nyamuk seperti

  • Tidur dalam kelambu
  • Menutup tingkap dan pintu sebelum malam
  • Sapu ubat penghalau nyamuk pada badan
  • Memasang ubat lingkaran anti-nyamuk

3) Elakkan melancong atau pergi ke kawasan yang mempunyai kes malaria tinggi (endemik)

4) Mengambil ubat “prophylaxis” sebelum ke kawasan endemik

Langkah pencegahan yang efektif memerlukan penglibatan bermula dengan individu hinggalah kepada peranan masyarakat dalam membasmi nyamuk penyebab malaria ini. Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala dan faktor risiko seperti yang disebutkan, maka jangan bertangguh lagi untuk mendapatkan nasihat doktor!

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

 

Baca artikel lain mengenai Aubameyang:

Pierre-Emerick Aubameyang Optimis Kembali Pamer Sentuhan Berbisa

Arteta: Aubameyang Perlukan Keyakinan Untuk Terus Meledak

Aubameyang Dan Skuad Gabon Bengang Terpaksa Bermalam Di Lantai Lapangan Terbang Gambia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN