Apa Itu Klausa Perlepasan (Release Clause) Dalam Bola Sepak?

Dalam kontrak bola sepak, terma release clause atau klausa perlepasan merupakan terma yang lazim lagi-lagi dengan situasi bola sepak moden ketika ini.

Ia merupakan satu nilai yang diletakkan oleh sesebuah kelab dalam kontrak pemain mereka.

Tetapi apa itu klausa perpindahan?

Ia merupakan satu terma yang di mana sesebuah kelab akan menerima tawaran dari kelab lain.

Lazimnya, klausa perpindahan ini disertakan dengan nilai tertentu untuk bagi membolehkan kelab luar mengaktifkannya.

Ia juga akan aktif jika pemain tersebut boleh dilepaskan sekiranya kelab tersingkir ke liga bawahan atau gagal mara ke kejohanan benua.

2 jenis

Terdapat 2 jenis klausa perlepasan dalam bola sepak.

Pertama adalah klausa perlepasan automatik.

Bagi jenis yang ini, kelab akan membenarkan kelab luar untuk bercakap dengan pemain mereka sebaik saja kelab luar tersebut telah berjaya mengaktifkan klausa perlepasan pemain yang dimahukan.

Satu lagi klausa perlepasan adalah good faith release clause.

Ia bermaksud di sini, klausa perlepasan ini adalah situasi yang menyaksikan kelab akan berbincang dengan kelab yang mereka ingin berbincang sahaja bersama-sama dengan pemain yang hendak dibeli.

Seperti contoh dalam situasi ini adalah perpindahan Luis Suarez dari Liverpool ke Barcelona.

Perpindahan pemain tersebut dilakukan dalam keadaan yang baik selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menjual pemain tersebut dengan nilai minimum sebanyak £40 juta andai Liverpool gagal ke UEFA Champions League.

Tetapi, Liverpool layak ke kejohanan itu maka jumlah perpindahan yang dipersetujui oleh kedua-dua kelab melebihi dari nilai £40 juta.

Siapa yang boleh aktifkan klausa ini?

Mana-mana kelab boleh mengaktifkan klausa perlepasan ini selagi tiada sekatan dari kelab pemain tersebut.

Akan tetapi, ada beberapa kelab yang mengenakan klausa perlepasan kepada kelab-kelab tertentu.

Contohnya Andrea Belotti, Torino tidak mengenakan sebarang harga yang tetap untuk kelab di Itali mendapatkan pemain itu.

Namun Torino mengenakan klausa perlepasan kepada kelab dari luar Itali untuk mendapatkan pemain itu.

Baguskah klausa ini?

Bagus atau tidak ia merupakan satu perkara yang subjektif.

Bagi kelab kecil, ia merupakan satu perkara yang positif dan negatif dalam masa yang sama.

Hal ini kerana, jika mereka meletakkan nilai klausa perlepasan yang baik dalam kontrak pemain mereka maka kelab akan memperoleh wang yang banyak jika ada kelab luar mengaktifkan klausa itu.

Tetapi ia akan mengundang padah jika nilai yang diletak terlalu rendah selain klausa perlepasan menghadkan kuasa kelab untuk meminta harga tinggi daripada kelab besar.

Bagi kelab besar pula, mereka menggunakan klausa perlepasan ini sebagai ‘kunci’ untuk menyekat pemain mereka daripada pergi menyertai kelab lain.

Lihat saja jumlah klausa perlepasan Neymar di Barcelona, ia merupakan usikan halus yang mengatakan pemain itu selamanya bukan untuk dijual.

Sumber:

  1. Reddit (2017): What is a release clause?; https://www.reddit.com/r/soccer/comments/6qo77g/what_is_a_release_clause/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN