Apa Faedah Bakal Muhammad Abu Khalil Peroleh Di Jepun?

Pemain muda berbakat besar, Muhammad Abu Khalil melakar kejayaan baharu buat dirinya selepas beliau bakal mengharungi sesi latihan bersama kelab berpangkalan di Jepun iaitu Osaka FC.

Perkhabaran itu dinyatakan sendiri oleh bapanya menerusi Facebook dengan Muhammad bakal menjalani latihan bersama pasukan dari divisyen 3 itu semalam.

“Training bersama Osaka FC, semoga Allah permudahkan segalanya,” jelas Abu Khalil menerusi Facebook miliknya bersama gambar Muhammad di lapangan terbang.

Untuk rekod, Muhammad merupakan salah satu tonggak utama buat pasukan kebangsaan bawah 23 (B-23) yang baru sahaja berusia 19 tahun dengan potensi cukup besar.

Pada usia masih muda, dirinya telah pun diberi peluang oleh Juan Torres Garrido untuk beraksi dalam saingan Piala Asia Bawah 23 (B-23) di Qatar selaku pemain tengah bertahan buat Harimau Malaya.

Selain itu, bintang muda Selangor ini juga sudah pun diberi peluang beraksi buat pasukan senior kelab itu sebanyak beberapa perlawanan bersama kualiti cukup menyakinkan di atas padang.

Apa manfaat yang Muhammad bakal peroleh mengenai perjalanan karier baharunya di Jepun walau sekadar mengharungi sesi latihan bersama?

Raih pengalaman berguna

Pada usia 19 tahun, tak ramai pemain muda yang memiliki peluang seperti Muhammad untuk menjalani sesi latihan di negara luar bersama suasana baharu berbanding Malaysia.

Walaupun sekadar di saingan divisyen 3, kelab tersebut mempunyai struktur pembangunan yang cukup baik terutama daripada segi latihan serta terapan disiplin buat para pemain.

Malah, Muhammad juga mampu mendapatkan banyak pengalaman berguna menerusi metodologi kejurulatihan di sana serta mengenali rutin seharian positif pemain di sana jika dibandingkan persekitaran Malaysia.

Mampu tarik perhatian kelab tempatan lain

Kehadiran Muhammad di Jepun bukan sahaja mampu untuk menarik perhatian Osaka FC untuk cuba menandatangani pemain tersebut, malahan kelab-kelab tempatan lain jika beliau menunjukkan sesuatu positif pada sesi latihan.

Ketika ini hanya Luqman Hakim sahaja berada di sana selaku status pinjaman, dan ia merupakan peluang berguna buat Muhammad untuk cuba menempatkan diri selaku pemain seterusnya dalam saingan J League.

Walaupun begitu, Muhammad perlu membuktikan dirinya sebaik mungkin sepanjang tempoh bersama Osaka FC untuk menyakinkan pasukan itu atau kelab lain menandatangani beliau.

Buka lebih banyak peluang buat bintang muda lain

Dengan keberadaan Muhammad di Jepun, ia dapat membuka peluang lebih banyak sebenarnya buat anak-anak tempatan lain untuk cuba mengharungi sesi latihan atau diikat pasukan tempatan sana.

Bukan untuk menidakkan kualiti bola sepak di Malaysia, tetapi ia dapat menambah banyak pengalaman buat tunas-tunas baharu sepanjang tempoh berada di luar terutama negara maju dalam dunia bola sepak seperti Jepun.

Walau tiada jaminan sepenuhnya daripada segi peningkatan prestasi, sekurangnya pengalaman diraih bakat-bakat muda ini mampu digunakan sebaiknya jika mereka pulang ke Malaysia serta menggalakan lebih ramai pemain lain cuba beraksi di luar negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN