Umum mengetahui bekas pengendali Kedah Darul Aman (KDA), Aidil Sharin Sahak kini tidak lagi bersama pasukan tersebut untuk digantikan oleh jurulatih interim iaitu Victor Andrag.
Victor merupakan pembantu jurulatih KDA sebelum ini dan bakal mengetuai pasukan tersebut untuk saingan Piala Malaysia yang bakal bermula tidak lama lagi.
Terima kasih Coach Aidil Sharin Sahak (2019-2022)
Video : https://t.co/tZI9FB4Nnm#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #aidilsharinsahak #alwayshijaukuning pic.twitter.com/tEkHsglrC3
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 23, 2022
Jika dilihat pada situasi, KDA mungkin tidak akan mengekalkan Victor selaku ketua pengendali utama pada musim hadapan dan tempat tersebut mungkin diisi oleh seseorang yang baharu.
Menerusi salah satu kenyataan dikeluarkan oleh laman sukan Kedah iaitu Analisis Tangga Ayam (ATA), mereka telah menggariskan ciri-ciri jurulatih baharu mungkin diperlukan pasukan tersebut untuk musim hadapan.
Jelas ATA, mereka tidak kisah mengenai jurulatih tersebut sekiranya tempatan atau import, tetapi ciri utama digariskan ialah pengendali tersebut mampu untuk kembali mengembangkan bakat muda di Kedah.
Pada masa sama, laman tersebut juga berharap agar pemain yang sedia ada bersama kelab untuk musim hadapan mampu tampil lebih baik berbanding sebelum itu.
“Tak kira lah jurulatih tempatan atau import yang Kedah nak pakai untuk musim baru nanti, tapi aku harap yang pengendali tu mampu nak berkembang serta beri peluang kepada bakat muda.
“Dan dalam masa yang sama, jurulatih itu dapat buatkan pemain yang sedia ada mampu keluarkan yang terbaik dalam diri mereka.
“Dari dulu lagi, pasukan Kedah ni terkenal sebagai sebuah pasukan yang banyak mengeluarkan pemain muda berbakat,” jelas ATA di Facebook mereka.
Selain itu, ATA juga menerangkan tentang acuan KDA sejak dahulu yang lebih gemar dan selesa mengembangkan bakat muda dan menaikkan kembali pemain kurang menyerlah ketika bersama kelab lama.
TAHNIAH AIMAN AFIF, SELAMAT BERJUANG BERSAMA SKUAD KEBANGSAAN DI PIALA ASIA AFC B23 UZBEKISTAN
KDA FC mengucapkan selamat maju jaya buat Mohd Aiman Afif Md Afizul, pemain muda pasukan Sang Kenari yang beraksi di pentas Asia. pic.twitter.com/M1NmLRdGVf
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) May 28, 2022
Cuma sejak beberapa tahun ini, pasukan tersebut telah menukar tradisi tersebut menerusi lambakan muka-muka baharu daripada kelab lain untuk mewakili KDA.
Malah, laman itu turut menjelaskan sejak era awal fasa pembentukan kembali KDA menerusi Tan Cheng Hoe, tidak ada langsung nama besar beraksi untuk pasukan berkenaan dan masih mampu menghasilkan sesuatu kejayaan.
“Waktu era Cheng Hoe pun tak ada bakat besar yang masuk dalam pasukan Kedah. Rata-rata merupakan pemain baru.
“Setelah fasa pembentukan tu dah nampak berhasil, barulah pemain macam Akram Mahinan dan Fitri Omar masuk.
“Tapi semenjak kebelakangan ini kita sering dimomokkan dengan pasukan yang gagal ni berpunca daripada bajet yang rendah.
“Dan kita mula ambil pemain dengan nama-nama besar macam Zaquan Adha, Azamuddin Akil, Thanabalan, Hadin Azman, Rozaimi, Syahrul Azwari dan lain-lain.
“Namun, pada musim 2022 bila pasukan ni tak mampu tarik pemain dengan nama-nama besar kita merasakan yang pasukan ni gagal sebab takda bajet,” tambah ATA.
ATA juga menyuarakan rasa pelik ketika segelintir penyokong menganggap bajet rendah dijadikan sebagai alasan utama mengapa pasukan gagal mencatat sesuatu yang positif.
Muhammad Ariff Farhan Md Isa melihat kembali bersama skuad Kedah adalah peluang terbaik untuk beliau menonjolkan prestasi terbaik bagi mencuri perhatian Tan Cheng Hoe untuk kembali disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya.#af27 #kdafc #pramusim pic.twitter.com/JPC6q18Iw2
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 2, 2021
Malah, mereka turut berharap supaya jurulatih baharu nanti mampu untuk menggilap kembali bakat-bakat muda yang jarang diberi peluang serta menilai dengan lebih baik dimana faktor kelemahan, sekiranya mereka gagal.