Anwar Ibrahim Terkejut Lontarannya Bawa FELDA United Ke Suku Akhir Piala FA

Kejayaan FELDA United menyingkirkan naib juara Piala FA musim lepas iaitu Selangor di pusingan ketiga selasa lepas bukan sahaja mendapat pujian daripada jurulatih mereka tetapi turut mengejutkan pemain pasukan itu sendiri.

Pemain pertahanan kanan skuad The Fighters, Anwar Ibrahim tidak menjangka lontaran jarak jauhnya ke dalam kawasan kotak penalti membantu Thiago Aguino menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua.

FOTO: FELDA United

Jaringan itu sebenarnya telah membangkitkan semangat pemain FELDA United untuk mencuri slot ke suku akhir Piala FA melalui jaringan solo Hadin Azman di minit ke 88.

Bercakap dalam Berita Harian, Anwar menjelaskan beliau sudah lama menguasai teknik lontaran tersebut sejak menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

“Sebenarnya, teknik lontaran jauh ini sudah dipraktikkan sejak di SSBJ lagi sebelum menyertai skuad Piala Presiden dan skuad utama FELDA United.

“Ternyata latihan lontaran yang dilakukan dua hari sebelum perlawanan membantu meningkatkan lagi teknik lontaran yang lebih tepat,” jelasnya.

Beliau juga bersyukur apabila ketua jurulatih pasukan itu memberi kepercayaan kepadanya untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

“Sebagai pemain muda, saya berterima kasih kepada jurulatih (Mohd Nidzam Jamil) kerana memberi peluang bermain kerana apabila kami mendapat lontaran, kebiasannya saya akan mengambilnya dan rakan sudah bersedia berada di dalam kotak penalti.” katanya.

Lontaran yang sama turut membantu menghasilkan gol pada pusingan kedua Piala FA ketika mencatat kemenangan 1-0 ke atas Kuching FA yang dijaringkan S Chanturu.

Dalam Majlis undian suku akhir Piala FA semalam, skuad FELDA United telah diundi bertemu pasukan Kuala Lumpur dan berpeluang mengulangi kejayaan mara ke final seperti tahun 2014.

Mengulas mengenai perlawanan Liga Super bertemu Terengganu TF (TFC) malam ini, Anwar menyerahkannya kepada jurulatih untuk membuat keputusan.

“Jika diberikan peluang, saya akan memberikan komitmen tinggi untuk memastikan The Fighters tidak pulang hampa.

“Dengan prestasi positif yang dipersembahkan ketika ini terutama layak ke suku akhir Piala FA, kami akan berusaha dan memberi tekanan kepada skuad Penyu,” kata pemain berumur 20 tahun itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN