Anwar Ibrahim Puas Lihat Aksi Harimau Malaya Di Pentas Piala Asia 2023

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil menyatakan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat berpuas hati melihat aksi dipamerkan Harimau Malaya semalam ketika menentang Korea Selatan.

Sebelum itu, Anwar secara rasminya telah pun mengumumkan pihak kerajaan bakal memberi peruntukan sebanyak RM5 juta selepas kejayaan Malaysia untuk mencipta kejutan mengikat seri Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E bagi saingan Piala Asia 2023.

Jelas Anwar sebelum itu, peruntukan tersebut diberikan sebagai tanda hasil penat lelah para pemain negara ketika berdepan cabaran getir daripada Korea Selatan semalam.

“Pasukan Harimau Malaya menunjukkan keupayaan kesungguhan dan semangat yang tidak lusuh walaupun sudah kalah dua pertarungan.

“Mereka menunjukkan satu perlawanan yang sangat menakjubkan dan hebat. Bertarung dengan satu pasukan yang kuat iaitu Korea Selatan.

“Jadinya, saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana menunjukkan semangat sedemikian.

“Pertimbangan Menteri Belia dan Sukan, kerajaan bersetuju meluluskan tambahan RM5 juta kepada FAM,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Malah, Hannah Yeoh juga mengakui Anwar begitu berpuas hati akan aksi dipamerkan oleh anak-anak buah Kim Pan-gon semalam sepanjang berdepan cabaran lawan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cukup puas hati pada perlawanan semalam dan Harimau Malaya mempunyai bakat untuk langkah ke hadapan,” katanya pula.

Walaupun mendapat peruntukan dana sebanyak RM5 juta, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun diingatkan supaya tidak menggunakan wang tersebut untuk membayar gaji staf mereka, menyelesaikan bil utiliti atau melangsaikan sewa premis.

Terdahulu, Malaysia telah pun mencipta sensasi tersendiri untuk mengikat Korea Selatan menerusi keputusan seri 3-3 selepas mereka menampilkan aksi cukup menyakinkan.

Walau Malaysia tidak lagi layak ke pusingan seterusnya, keputusan tersebut sekurangnya mampu mengubat luka di hati penyokong serta Harimau Malaya juga telah memperbaiki rekod baharu berbanding semua kekalahan dilakar pada tahun 2007.

Apapun, Malaysia masih memiliki tugas penting pada bulan Mac untuk menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan perlawanan seterusnya membabitkan Harimau Malaya menentang Oman.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN