Ia kembali! Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana kembali lagi untuk musim 2017 dan calon untuk bulan Februari telah pun diumumkan.
Untuk kali pertama musim ini, anugerah ini akan dimulakan pada bulan Februari dengan pihak PFAM telah mengumumkan 5 calon pertama untuk anugerah ini.
2 pemain Pahang menguasai
Untuk bulan Februari, sebanyak 5 calon yang dicalonkan untuk anugerah ini. Dengan menyaksikan hanya 1 sahaja wakil dari kalangan pemain tempatan.
Manakala, 4 lagi calon adalah wakil dari pemain import.
1 calon daripada kelompok pemain tempatan itu adalah bintang Kedah iaitu Baddrol Bakhthiar.
Prestasi beliau ketika ini yang menjadi pemain tempatan yang paling banyak menjaringkan gol di Liga Super telah memberikan sebab kenapa beliau terpilih.
Selain itu, dua pemain Pahang juga terpilih dalam anugerah bulanan ini.
Matheus Alves dan juga Mohamdou Sumareh yang menjadi teras utama kejayaan Pahang ketika ini turut tercalon dalam anugerah bulanan ini.
Dengan 7 gol (4 untuk Alves & 3 untuk Sumareh) serta 3 bantuan gol dari Sumareh memastikan Pahang kini dalam prestasi yang cukup mantap.
Selain itu, prestasi cemerlang Mohammad Ghaddar juga turut menarik perhatian.
Kalau bukan kerana gol-gol beliau, Kelantan mungkin tidak berjaya mengutip kemenangan menyakinkan seperti keputusan 4-2 menentang T-Team dan juga Perak.
Wakil terakhir adalah pemain bintang Filipina iaitu Mark Hartmann untuk pasukan Sarawak.
Beliau merupakan pemain yang paling menyerlah untuk pasukan Sarawak yang ketika ini dalam prestasi di bawah par. Jelas gol-gol dan gaya permainan beliau memberikan kesan yang cukup baik kepada pasukan.
Jadi siapakah pilihan anda untuk menjadi pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana untuk bulan Februari?
Anda boleh undi calon kegemaran anda di ke pautan di sini.
Gambar depan oleh: PFA Malaysia.
Baca juga: Isu Gelanggang Berkecuali Korea Utara-Malaysia: AFC Umumkan Keputusan Khamis Ini