Terkini: Anugerah Bulanan EPL Disember 2016 Diumumkan

Baru sebentar tadi, Anugerah bulanan EPL diumumkan. Berikut adalah senarai penuh pemenang untuk 3 kategori utama.

Pengurus Terbaik Barclays

Antonio Conte (Chelsea)

Conte selayaknya menang anugerah ini selepas menang 6 perlawanan berturut-turut pada Disember. Lebih manis beliau menjadi pengurus pertama yang menang anugerah ini untuk 3 bulan berturut-turut.

Beliau menyifatkan bulan Disember sebagai bulan terbaik dan paling penting untuk Chelsea berada di kedudukan mereka sekarang.  Conte mengatasi 3 lagi calon, Jurgen Klopp, Jose Mourinho dan Mauricio Pochettino.

Pemain Terbaik EA Sports

Zlatan Ibrahimovic (Manchester United)

Zlatan Ibrahimovic mengakhiri bulan Disember dengan gol ke-12 dalam EPL musim ini. Beliau juga menjadi instrumen penting dalam 5 kemenangan berturut-turut United pada Disember 2016.

Beliau menjaringkan gol kemenangan lewat menentang Palace. Tidak lupa juga gol cantik menentang Everton sebelum itu. Zlatan menjaringkan

Beliau berkata:

“Saya rasa sangat selesa dan yakin. Saya bermain dengan pemain-pemain terbaik di kelab yang hebat.”

Ibrahimovic mengatasi beberapa calon lain termasuk Adam Lallana, Diego Costa, Dele Alli dan beberapa calon lain.

Jaringan Tercantik Bulanan Carling

Henrik Mkhitaryan (Manchester United)

Jaringan kala jengking Henrik Mkhitaryan dipilih sebagai pemenang untuk jaringan tercantik.

Jaringan Mkhitaryan itu dilakukan ketika kemenangan Manchester United ke atas Sunderland pada Boxing Day.

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Bulanan EPL!

Baca juga: Spidercam, Sang Labah Labah Yang Memberikan Pengalaman Tontonan Luar Biasa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN