Anugerah Bola Sepak Tahunan AFC : Omar Khrbin Pemain Terbaik Asia 2017

Semalam merupakan hari yang gembira bagi pemain skuad kebangsaan Syria dan kelab Al-Hilal, Omar Khrbin apabila diumumkan sebagai pemain terbaik asia 2017 dalam Anugerah Bolasepak Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang berlangsung di Bangkok.

Anugerah ini diberikan berdasarkan pencapaiannya dan prestasi yang menakjubkan dalam saingan AFC Champions League dan Kelayakan Piala Dunia 2018.

“Semua ini terjadi berkat doa kepada tuhan dan juga sokongan daripada rakan sepasukan skuad kebangsaan Syria dan juga kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

“Saya juga ingin meminta maaf kepada penyokong Syria dan Al-Hilal kerana tidak berjaya membantu pasukan mencapai kejuaraan yang diinginkan tetapi kami sudah lakukan yang terbaik,” katanya selepas menerima anugerah itu daripada Presiden AFC, Shaikh Salman Bin Ebrahim Al Khalifa.


Penyerang yang berusia 23 tahun itu memulakan kerjaya bolasepaknya dengan kelab Syria, Al-Wahda pada tahun 2009 sebelum dipinjamkan ke kelab Air Force dan Al-Mina SC.

Kemudian beliau menyertai kelab UAE, Al-Dhafra pada tahun 2006. Prestasi ketika beraksi dalam saingan liga UAE telah menarik minat kelab gergasi dari Arab Saudi, Al-Hilal untuk memancing pemain itu.

Prestasi konsisten bersama Al-Hilal serta penglibatannya dalam saingan Kelayakan Piala Dunia dan perlawanan akhir AFC Champions League membolehkan beliau dicalonkan untuk Anugerah Pemain Terbaik AFC 2017.

Perjalanannya dalam saingan AFC Champions League musim ini bermula ketika perlawanan di antara Al-Hilal menentang kelab gergasi Iran, Persepolis di peringkat kumpulan.

Ketika itu, beliau tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan tetapi kemasukannya pada separuh masa kedua memberi impak yang besar kepada pasukannya.

Khrbin berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam saingan AFC Champions League ketika perlawanan menentang kelab Qatar, Al-Rayyan pada minit ke 66 untuk menyamakan kedudukan kepada 3-3.

Kemudian pada minit ke 83, penyerang yang memakai jersi bernombor 77 ini menjaringkan gol keduanya untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Al-Hilal lalu muncul sebagai juara kumpulan D dalam saingan AFC Champions League 2017.

Selaku juara kumpulan, Al-Hilal berjaya melangkah ke pusingan kalah mati sehingga mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir bertemu kelab gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds.

Khrbin juga mengumpulkan 11 gol dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018 sehingga pasukan Syria tersingkir ketika kalah kepada Australia dalam perlawanan Play-off.

Selain Omar Khrbin, AFC turut mengumumkan pemenang lain yang dicalonkan mengikut kategori masing-masing. Tiada wakil dari Malaysia yang diumumkan menerima sebarang anugerah tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN