Anugerah Best FIFA: Siapakah Calon Pilihan Yang Diundi Oleh Wakil Dari Malaysia?

Anugerah Best FIFA telah berlangsung pada Isnin di Milan. Lionel Messi telah diumumkan sebagai pemain bola sepak terbaik kategori lelaki.

Manakala bagi kategori jurulatih terbaik, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp diumumkan sebagai pemenang setelah menewaskan dua lagi pengurus dari Liga Perdana Inggeris (EPL), iaitu Mauricio Pochettino (Tottenham Hotspur) dan Pep Guardiola (Manchester City).

Bagi pusingan akhir ini, sistem undian daripada penyokong, kapten pasukan skuad kebangsaan badan gabungan FIFA, Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan, dan media akan diambil kira untuk menentukan pemenang.

Siapakah yang diundi oleh wakil dari Malaysia? Bagi Malaysia, tiga wakil yang mengundi untuk Anugerah Best FIFA ialah kapten pasukan Harimau Malaya, Farizal Marlias; Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe; dan Abdul Aziz Ahmad mewakili media di Malaysia.

Pilihan Farizal Marlias

Bagi kapten skuad Harimau Malaya iaitu Farizal Marlias, tiga pemain pilihan beliau adalah Lionel Messi, diikuti oleh Cristiano Ronaldo dan penyerang Liverpool, Mohamed Salah.

Bagi kategori jurulatih terbaik, Farizal telah mengundi Pep Guardiola sebagai pilihan pertama, Jurgen Klopp sebagai pilihan kedua dan pengurus Perancis, Didier Deschamps sebagai pilihan ketiga.

Pilihan Tan Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe pula jelas mengkagumi kebolehan pemain pertahanan Belanda dan Liverpool, Virgil Van Dik apabila meletakkan pemain tersebut sebagai pilihan pertama untuk anugerah ini. Senarai oleh Tan Cheng Hoe kemudiannya diikuti oleh Lionel Messi dan juga Cristiano Ronaldo.

Bukan sahaja Cheng Hoe telah memilih Van Dijk untuk kategori pemain. Beliau juga mengundi pengendali Liverpool, Jurgen Klopp sebagai pilihan pertama, diikuti oleh jurulatih Brazil, Tite; dan juga pengurus Manchester City, Pep Guardiola untuk melengkapkan tiga pilihan beliau.

Pilhan Abdul Aziz Ahmad

Mewakili media dari Malaysia, Abdul Aziz meletakkan penyerang England, Harry Kane untuk anugerah pemain terbaik. Undian beliau diikuti oleh Cristiano Ronaldo dan penyerang muda Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe.

Bagi kategori jurulatih, Abdul Aziz meletakkan Didier Deschamps sebagai pilihan pertama; diikuti oleh pengendali Peru, Gareca Ricardo; dan juga Jurgen Klopp sebagai pilihan ketiga.

Penutup

Jika anda berpeluang untuk melakukan undian, siapakah tiga pemain dan jurulatih utama pilihan anda untuk Anugerah Best FIFA?

Kongsikan dengan kami di ruangan komen. Kami mahu mendengarnya daripada anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN