Anugerah Best FIFA: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp Kini Jurulatih Terbaik Dunia

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kini adalah jurulatih terbaik dunia selepas dinobatkan sebagai pemenang Jurulatih Terbaik di Anugerah Best Award.

Musim lalu, pengendali dari Jerman itu berjaya membawa Liverpool menjuarai kejuaraan ke-6 Liga Juara-Juara (UCL), selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 di perlawanan akhir yang diadakan di Madrid.

The Reds turut menamatkan musim di tangga kedua saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 97 mata – iaitu rekod ketiga tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah pertandingan.

Untuk anugerah jurulatih terbaik, Klopp dicalonkan di dalam senarai akhir bersama dua lagi pengurus dari EPL, iaitu Pep Guardiola (Manchester City) dan juga Mauricio Pochettino (Tottenham Hotspur).

“Ia amat hebat. Tidak ada sesiapa boleh menjangkakan dari 20, 10. lima atau empat tahun lalu bahawa saya akan berdiri di sini,” ujar Klopp.

“Kita semua tahu bagaimana cemerlangnya tugasan yang dilakukan oleh anda [Mauricio Pochettino] dan Pep [Guardiola lakukan. Saya juga perlu berterima kasih kepada kelab saya yang tampil hebat, Liverpool FC.

“Kepada pemilik kelab, terima kasih. Mereka memberikan saya sebuah pasukan yang hebat. Saya juga perlu berterima kasih kepada pasukan saya.

“Sebagau jurulatih anda juga mahu menjadi sebaik pasukan anda. Saya bangga untuk bergelar pengurus kepada kelompok pemain ini.”

Selepas menerima anugerah tersebut, Klopp turut mengumumkan beliau akan menyertai inisiatif Common Goal yang diterajui oleh pemain tengah Manchester United, Juan Mata.

Untuk inisiatif tersebut, setiap peserta akan menyumbang 1% dari pendapat mereka untuk tujuan kebajikan, dalam usaha membantu menambahbaik keadaan sosial dan kehidupan melalui bola sepak, terutama kanak-kanak dari seluruh dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN