Megan Rapinoe telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Best FIFA, menewaskan rakan senegara Alex Morgan dan juga pemain pertahanan, Lucy Bronze dari England.
Rapinoe yang berusia 34 tahun adalah pemenang Anugerah Bola Emas selepas tampil sebagai pemain terbaik di Piala Dunia Wanita 2019, selepas membantu negaranya Amerika Syarikat muncul juara di pertandingan itu.
? #TheBest FIFA Women’s Player 2019
? #MeganRapinoe
? #AlexMorgan
? #LucyBronze #TheBest | #FIFAFootballAwards pic.twitter.com/dsxh1EOZuW— FIFA Women’s World Cup (@FIFAWWC) September 23, 2019
Pemain pertahanan Lyon, Bronze pula turut dinamakan di dalam pasukan tahunan Best FIFA, dan merupakan wakil tunggal dari England dalam senarai tersebut.
Jurulatih Amerika Syarikat, Jill Ellis pula dipilih sebagai pemenang jurulatih terbaik wanita. Pengendali berusia 53 tahun itu turut pernah membawa Amierika Syarikat menjuarai Piala Dunia Wanita pada 2015.
Jill Ellis is the only coach in Women’s World Cup history to win back-to-back tournaments:
2015: ?
2019: ?#TheBest #FIFAFootballAwards pic.twitter.com/1PGz1fuHql— Squawka Football (@Squawka) September 23, 2019
Pada Julai lalu, Ellis mengumumkan akan melepaskan jawatannya bersama skuad kebangsaan wanita Amerika Syarikat pada Oktober akan datang.
Dua lagi pengurus yang bersaing dengan Elis untuk anugerah di Best FIFA ini adalah jurulatih Belanda, Sarina Wiegman, yang mana pasukannya tewas 2-0 kepada Amerika Syarikat di perlawanan akhir dan juga Phil Neville yang membawa England berada di tempat keempat kejohanan.
Berikut adalah senarai kesebelasan terbaik FIFPRO yang turut diumumkan ketika majlis Best FIFA:
Penjaga gol: Sari van Veenendaal (Arsenal and Atletico Madrid/Belanda)
Pertahanan: Lucy Bronze (Lyon/England), Wendie Renard (Lyon/Perancis), Nilla Fischer (Wolfsburg and Linkopings/Sweden), Kelley O’Hara (Utah Royals/USA)
Tengah: Amandine Henry (Lyon/Perancis), Julie Ertz (Chicago Red Stars/USA)
Tengah Menyerang: Marta (Orlando Pride/Brazil), Rose Lavelle (Washington Spirit/USA), Megan Rapinoe (Reign FC/USA)
Penyerang: Alex Morgan (Orlando Pride/USA)