Anugerah AFF 2019: Suphanat Muenta Pemain Muda Terbaik, Park Hang-Seo Atasi Tan Cheng Hoe

Anugerah AFF 2019 adalah acara yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) secara dwi tahunan untuk mengiktiraf bakat bola sepak di rantau Asia Tenggara. Pada tahun ini, ia diadakan di Vietnam.

Menurut AFF, anugerah tersebut memberi pengiktirafan kepada pemain dan pegawai dari 12 ahli gabungan persekutuan itu.

Acara yang berlangsung di Hanoi, Vietnam semalam adalah edisi keempat sepanjang penganjuran setelah pertama kali diadakan di Malaysia (2013), Myanmar (2015), dan Indonesia dua tahun yang lalu.

Secara keseluruhan, 11 anugerah individu ditawarkan pada edisi 2019, dan empat lagi anugerah adalah untuk pencapaian berpasukan.

Dalam acara yang berlangsung pada malam tadi, penyerang Vietnam, Nguyen Quang Hai dan pemain skuad kebangsaan wanita Thailand, Pitsamai Sornsai dinobatkan selaku Pemain Terbaik AFF bagi kategori masing-masing.

Pengendali Vietnam, Park Hang-Seo turut menepati ramalan diumumkan selaku jurulatih terbaik, mengatasi Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang turut berada di dalam senarai akhir.

Pemain Muda Terbaik AFF pula dimenangi oleh Thailand melalui pemain remaja sensasai Gajah Perang, Suphanat Mueanta.

Berikut adalah senarai penuh pemenang di Anugerah AFF 2019:

Senarai Pemenang

Pembantu Pengadil Terbaik AFF 2019 (Lelaki): Ronnie Koh Min Kiat (Sin)

Pembantu Pengadil Terbaik AFF 2019 (Wanita):SupawanHinthong (Tha)

Pengadil Terbaik AFF 2019 (Lelaki):Sivakorn Pu-Udom (Tha)

Pengadil Terbaik AFF 2019 (Wanita):Katherine Margaret Jacewicz(Aus)

Pemain Muda Terbaik AFF 2019:Suphanat Mueanta(Tha)

Pasukan Futsal Terbaik AFF 2019: Thailand

Pemain Futsal Terbaik AFF 2019: Tran Van Vu (Vie)

Ahli Gabungan Terbaik AFF 2019: Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (Ina)

Pasukan Kebangsaan Terbaik AFF 2019 (Lelaki): Vietnam

Pasukan Kebangsaan Terbaik AFF 2019 (Wanita): Thailand

Gol Terbaik AFF Suzuki Cup 2018: Muhammad Syahmi Safari (semi-finals vs Thailand)

Jurulatih Terbaik AFF (Lelaki): Park Hang Seo

Jurulatih Terbaik AFF (Women): Nuengrutai Srathongvian

Pemain Terbaik Tahunan AFF (Lelaki): Nguyen Quang Hai (Vie)

Pemain Terbaik Tahunan AFF  (Wanita): Pitsamai Sornsai (Tha)

XI Pilhan AFF 2019

Penjaga Gol: Dang Van Lam (Vie)

Pemain Pertahanan: Muhammad Syahmi Safari (Mas), Que Ngoc Hai (Vie), Muhammad SafuwanBaharudin (Sin), Korrakot Wiriya-Udomsiri (Tha)

Pemain Tengah: Stephan Markus Cabizares Schrock (Phi), Mohamed Syamer Kutty (Mas), Sanrawat Dechmitr (Tha), Riko Simanjuntak (Ina)

Pemain Serangan): Norshahrul Idlan Talaha (Mas), Nguyen Quang Hai (Vie)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN