Quantcast

BERITA

Anugerah AFF 2019: PSSI Dinobat Terbaik Di Asia Tenggara

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dipilih sebagai persatuan bola sepak terbaik di rantau Asia Tenggara dalam majlis Anugerah AFF 2019 yang berlangsungd di Hanoi semalam.

Selain daripada kejayaan PSSI menjadi badan tadbir urus bola sepak paling bagus, Indonesia turut meraikan seorang pemainnya yang berjaya memasuki senarai Best XI iaitu pemain lincah Riko Simanjuntak.

Pemain tengah Persija Jakarta itu menjadi nadi penting skuad Indonesia di peringkat kebangsaan pada ketika ini.

Beliau memiliki skil, kepantasan dan juga kreativiti.

Sekretaris Jenderal (Sekjen) PSSI, Ratu Tisha Destria, bangga untuk naik podium bagi menerima penghargaan konfederasi bola sepak serantau itu. Ratu Tisha tersenyum puas dengan kejayaan PSSI.

PSSI telah melalui fasa penuh cabaran. Namun mereka tetap berjaya menjadi yang terbaik menewaskan federasi lain termasuk Vietnam, Thailand, Singapura dan Malaysia.

PSSI juga dilanda dengan beberapa insiden panas melibatkan bola sepak mereka dalam beberapa tahun ini termasuk kerusuhan di GBK dalam aksi Indonesia dan Malaysia. Dan terbaru, kerusuhan di Gelora Bung Tomo.

Namun ia tidak menghalang mereka untuk menjadi yang terbaik. PSSI turut meraikan kejayaan menajadi tuan rumah Piala Dunia B-20 pada tahun hadapan.

Segal persiapan sudah dibuat bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

Tahniah kepada PSSI dengan kejayaan gemilang di pentas Anugerah AFF 2019.