Ketua pasukan Manchester United, Antonio Valencia semalam mengucapkan selamat tinggal kepada Old Trafford melalui satu paparan di laman instagram rasminya sekaligus mengesahkan beliau akan meninggalkan pasukan tersebut dalam masa terdekat.
Valencia, yang menyertai United dengan nilai kontrak £16 juta (RM85.9j) dari Wigan Athletic pada Jun 2009, setakat ini telah menjaringkan 25 gol dalam 338 penampilan bersama kelab Red Devils itu.
Sepanjang mewakili Manchester united, pemain dari Ecuador itu telah meraih enam gelaran utama di kelab berkenaan, termasuk dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
https://twitter.com/UtdUniverse/status/1116824670085505024
Velencia sebelum ini dibelenggu dengan kecederaan lutut dan hanya diturunkan sekali pada musim ini dan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer pada bulan ini memberi bayangan pemain sayap bertahan itu tidak akan ditawarkan kontrak baru.
Jose Mourinho menamakan Valencia sebagai ketua pasukan menjelang musim 2018-19 tetapi dia dikritik oleh pengendali Portugis itu ekoran kurang cergas ketika lawatan pra-musim di Amerika Syarikat (AS) dan hanya diketengahkan sebanyak lapan kali sejak dilanda kecederaan.