Antonio Rudiger Akui Mainkan Peranan Pujuk Werner Ke Chelsea

Antonio Rudiger

Pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger mengakui bahawa dirinya turut memainkan peranan dalam usaha meyakinkan Timo Werner untuk berhijrah ke kelab London tersebut.

Selain daripada sama-sama mewakili skuad kebangsaan Jerman, Rudiger dan Werner turut pernah berada dalam satu pasukan ketika menyarung jersi VFB Stuttgart. Kedua-dua mereka sempat bersama pada musim 2013/14 dan 2014/15.

Mahu melihat Werner kembali satu pasukan dengannya, Rudiger menegaskan beliau melakukan yang terbaik dalam usaha memujuk penyerang berusia 24 tahun itu untuk mengembangkan bakatnya ke saingan Liga Perdana Inggeris.

”Saya memang pernah bercakap dengannya kerana kami sudah lama mengenali antara satu sama lain,” ujar Rudiger menurut laman sesawang rasmi Chelsea.

”Kami banyak bercakap ketika tempoh ‘perintah berkurung’ dan dia mengatakan kepada saya yang dia berminat untuk berhijrah ke England. Sudah tentu saya melakukan bahagian saya, apa yang saya boleh lakukan [memujuk].”

”Seperti orang lain, saya sangat gembira kerana dia memilih Chelsea dan saya memandang ke hadapan untuk bekerja bersama dengannya.”

‘”Dia merupakan ancaman yang sangat besar buat pemain pertahanan. RB Leipzig merupakan pasukan yang lebih mengamalkan serangan balas pantas tetapi dia lebih kurang seperti [Jamie] Vardy.”

”Dia mempunyai kepantasan dan sekiranya pertahanan melakukan kesilapan dan melepaskan bola, dia akan mendapatkannya,” tambah Antonio Rudiger lagi.

Pada 18 Jun lalu, Timo Werner telah melengkapkan perpindahannya ke Chelsea dengan yuran perpindahan bernilai  £47.5 juta dan mengikat kontrak selama lima tahun bersama kelab tersebut.

Kredit featured image: Alex Grimm – FIFA/FIFA via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Timo Werner:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN