Antonio German Semakin Hampir Menjadi Milik PKNP FC

Bekas pemain Queen Park Rangers, Antonio German berjaya memikat barisan jurulatih kelab PKNP FC ketika aksi persahabatan menentang Pulau Pinang ahad lepas.

Penyerang kelahiran England itu berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut dan semakin pasti menyarung jersi PKNP FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim ketika bercakap kepada Stadium Astro, mengesahkan pemain tersebut memenuhi ciri-ciri penyerang import yang dimahukannya berdasarkan pengalaman beraksi dalam Liga India (I League) untuk pasukan Gokulam Kerala FC.

“Jika semua berjalan lancar dia akan menjadi milik kami.

“Dia mempunyai ciri-ciri pemain berwibawa. Setakat ini dia yang terbaik,” katanya.

Antonio German (berdiri dua dari kiri) diuji ketika menentang Penang di Stadium Parut Buntar. FOTO: FA Penang

Abu Bakar juga berkata dia akan menguji pemain itu sekali lagi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Sabtu ini.

Selain German, tiga lagi awang import, iaitu dua dari Ghana dan seorang dari Tajikistan, akan tiba di Ipoh untuk menjalani sesi ujian dengan skuad PKNP FC itu.

“Urusan membawa mereka ke mari sudah dilakukan dan kini menunggu ketibaan mereka sahaja.

“Sehingga itu, saya tidak boleh dedahkan identiti mereka,” ujarnya.

PKNP FC hanya daftar 25 pemain untuk saingan Liga Malaysia 2019

Abu Bakar turut mengesahkan PKNP FC hanya akan mendaftarkan seramai 25 pemain bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan selepas mereka melepaskan beberapa pemain utama seperti Shahrel Fikri dan Hafiz Ramdan ke pasukan Perak.

Malah, PKNP FC bakal diperkuatkan oleh Khairul Asyraf Shahizah dan Muhd Rafiq Faeez Muhd Fuad yang menyertai secara pinjaman daripada pasukan Perak serta bekas pemain MISC-MIFA, M. Mugenthiran.

Daripada jumlah 25 pemain itu itu, empat adalah pemain import, tiga penjaga gol manakala selebihnya adalah 18 pemain tempatan.

“Jumlah itu sudah dipersetujui oleh presiden kelab dalam perbincangan yang diadakan.

“Bilangan pemain dihadkan untuk jimat belanja kerana bajet kami kecil, ” kata Abu Bakar yang lebih mesra dengan panggilan Burn kepada Stadium astro.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN