Antonio German Dalam Tangan, Terlepas Pula S. Veenod Ke Sarawak United

antonio-german-selangor-2019

Di saat PDRM dalam proses akhir menandatangani penyerang import yang pernah beraksi bersama Selangor, Antonio German, mereka kehilangan pula pemain tengah berpengalaman, S. Veenod.

Pasukan yang baharu dinaikkan pangkat ke Liga Super itu kini mungkin dalam kemelut bajet dan juga kewangan yang mengganggu persediaan mereka untuk saingan Liga Malaysia 2020.

Dengan pembayaran gaji pemain musim lalu yang masih lagi dikatakan tertunggak, skuad musim ini juga dilihat serba kekurangan biarpun mereka telah meraih promosi beraksi di Liga Super.

S. Veenod yang beraksi bersama Petaling Jaya City (PJ City) FC pada musim lalu telah berlatih bersama PDRM sejak awal pra-musim secara tiba-tiba mengubah langkah menyertai Sarawak United.

Antonio German hanya seketika bersama Selangor, kira-kira sebulan, sebelum digugurkan apabila dikatakan menerima hinaan berbaur perkauman di stadium dan juga media sosial peribadinya.

Bekas pemain Queens Park Rangers (QPR) turut mendedahkan perkara ini kepada media antarabangsa, BBC dengan menyatakan beliau sangat terkejut dengan perkara tersebut yang kali pertama dilalui.

Antonio-German-S-Veenod-PDRM-2020-Pra-Musim
Antonio German dan S. Veenod ketika PDRM menentang Sarawak United baru-baru ini. FOTO: PDRM FA

Kini, beliau kembali semula ke Liga Malaysia dan bersama PDRM yang kurang publisiti mungkin akan meminimakan ‘kutukan’ sebegitu terhadapnya, jika khabar sebelum ini ada kebenarannya.

Menurut pengendali The Cops, Ishak Kunju Mohamed nyata kecewa dengan pemergian S. Veenod di saat pemain tersebut sudah berlatih bersama pasukan, namun gembira dengan kehadiran Antonio German.

“Sangat susah untuk bekerja dengan bajet yang kecil, kita berusaha keras untuk membentuk skuad yang kompetitif , tetapi apabila mereka mendapat tawaran lebih baik, mereka pergi,” keluhnya.

“Kita berusaha gigih untuk mengembalikan kecergasan pemain tetapi mereka meninggalkan pasukan apabila mendapat tawaran lebih baik. Saya kecewa apabila kehilangan pemain di saat persediaan pasukan sedang berjalan tetapi hidup perlu diteruskan. Tidak guna panjangkan cerita,” jelasnya.

“[Antonio] German telah berlatih dan menjalani ujian bersama kita bersama beberapa pemain import lain tetapi beliau menarik perhatian saya dengan kualiti yang telah dipamerkannya. Kita dalam perbincangan akhir untuk menandatanganinya,” ujar Ishak Kunju Mohamed kepada The Star.

Ishak Kunju Mohamed turut memaklumkan yang mereka mungkin akan gagal untuk mencapai sasaran mengumpul 22 mata maksimum musim ini dan mengelak penyingkiran ke Liga Premier.

Kredit Foto: Goal.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN