Antonio Conte Tembak Wartawan Yang Tanyakan Isu Sanchez Dalam Sidang Media Chelsea

Pengurus Chelsea, Antonio Conte meminta agar wartawan tidak meneruskan pertanyaan tentang isu Sanchez dalam sidang media beliau.

Conte menganggap ia sesuatu yang tidak menghormati orang lain. Conte berkata, Sanchez adalah pemain yang hebat namun tidak elok untuk beliau bercerita lebih tentang Sanchez.

Wartawan tertarik untuk tahu pandangan Conte selepas Sanchez mengeluarkan kenyataan akan kekal di London dan bermain dengan pasukan yang ada mentaliti menang.

Dalam sidang media Chelsea sebelum menentang Crystal Palace, bos Chelsea berkata:

“Anda tanya tentang Sanchez? Agak kurang ajar untuk bercerita tentang pemain dari pasukan lawan. Yang pasti dia adalah pemain yang hebat.”

“Tetapi saya tidak suka bercakap tentang pemain dari pasukan lain. Ia tidak menghormati pasukan yang memiliki pemain tersebut serta perasaan pemain-pemain dalam pasukan saya.”

“Paling penting bagi kami adalah tumpuan untuk menamatkan musim ini dan cuba memenanginya.”

“Selepas musim ini berakhir, barulah saya dan kelab akan duduk bersama, berbincang tentang apa aspek yang harus diperbaiki untuk musim baru.”

“Kami akan berbincang untuk meningkatkan kualiti skuad dan pasukan kami.”

“Perkara ini sangat penting. Tetapi buat masa ini, saya berpuas hati dan kelab ini. Chelsea ada cita-cita yang sangat besar.”

“Cita-cita mereka pada masa depan adalah sama seperti yang mereka pernah miliki sebelum ini.”

“Saya sangat gembira menjadi jurulatih kelab ini.”

Baca juga: William Gallas: “Chelsea Lebih Besar Dari Arsenal Dan Spurs!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN