Kekalahan 1-3 Chelsea kepada Tottenham Hotspurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris kelmarin menyebabkan kedudukan pengurus pasukan itu, Antonio Conte berada dalam bahaya.
Keputusan itu untuk meletakkan juara musim lalu, Chelsea lapan mata di belakang Spurs di kedudukan kelima namun Conte berkata, dia tidak bimbang sekirannya pihak pengurusan membuat keputusan untuk menamatkan kontraknya.
“Tidak, saya tidak bimbang. Sejujurnya. Saya rasa saya sudah memberikan semuanya, pemain juga sama. semuanya untuk musim ini.
“Kami bekerja keras untuk melalui musim yang bagus, tetapi saya rasa pada akhirnya, kami berhak musim ini. Inilah nilai kami.
“Saya ada pandangan saya tetapi saya sangat penat dengan mengulangi perkara sama. Saya tidak mahu mencipta masalah. Jika kami berada dalam posisi ini, kami berhak berada dalam posisi ini.”
Media British melaporkan Conte berada dalam keadaan janggal bersama kelab itu berikutan dia mahu memperkuatkan skuad pada tempoh perpindahan awal musim ini
“Jika anda benar-benar mahu tahu status saya, lebih baik anda bertanyakan sendiri kepada kelab dan bukannya saya.
“Saya ulangi, tugas saya ke sini adalah untuk bekerja dan saya tahu saya dan staff yang lain sudah bekerja 24 jam sehari kepada Chelsea. Jadi biarlah pihak pengurusan yang buat keputusan,” katanya.
Kekalahan itu memberi bayangan mereka bakal terlepas slot beraksi di Liga Juara-juara Eropah musim depan.
Antonio Conte turut dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan Itali jika beliau keluar daripada pasukan Chelsea.