Antonio Conte: Saya Rindukan Itali, Akan Kembali Ke Tanah Air

Antonio Conte

Antonio Conte mengakui bahawa dia merindui Itali dan merancang untuk kembali ke tanah airnya dalam masa terdekat, dengan mengatakan bahawa walaupun pengalamannya dengan Chelsea adalah sangat positif, tetapi Conte berkata bahawa beliau “tidak diragukan lagi dalam fikiran saya bahawa saya akan pulang ke tanah air”.

Semasa temubual dengan stesen radio Itali, RadioUno, Conte bercakap panjang lebar tentang kerinduannya terhadap Itali. “Saya rindukannya, itu sudah pasti,” katanya.

“Itali adalah tanah air saya, disana saya mempunyai pengalaman yang baik, dan pengalaman penting yang mengubah hidup, sudah tentu saya akan kembali. Saya tidak tahu masa tetapi itu tujuannya. ”

Pengurus Chelsea yang berusia 48 tahun itu menolak kemungkinan untuk bekerja di China, tetapi mengakui tidak pasti mengenai apa yang mungkin berlaku dalam kerjayanya.

“Ia sentiasa sukar untuk meramalkan masa depan,” katanya. “Kami sebagai pengurus mempunyai tugas yang paling sukar. Hari ini anda bekerja, esok anda dipecat. Saya mahu berjaya dan menyelesaikan satu projek juga membuat keputusan yang tepat mengenai perkara yang di depan. Pengalaman ini telah memberi saya banyak perkara dan telah meningkatkan saya untuk menjadi lebih baik, tetapi mungkin pada masa akan datang saya tidak akan menjadi pengurus. Mungkin saya akan bekerja sebagai pengarah bola sepak. Saya pun tidak tahu,”

Setelah memenangi liga di musim pertamanya bersama Chelsea, Antonio Conte mengatakan kelab itu tidak membuat target yang khusus mengenai musim keduanya.

“Liga Perdana adalah persaingan yang sangat sukar,” katanya. “Enam pasukan berada dalam jurang yang sangat hampir untuk gelaran dan tahun ini peperangan ini akan menjadi lebih sukar – dua kelab Manchester, Tottenham, Liverpool, Arsenal, ia benar-benar akan menjadi perjuangan yang hebat. Chelsea tidak memberi saya sasaran tertentu, namun meminta kami hanya melakukan yang terbaik,”

Chelsea memulakan kempen Liga Juara-Juara mereka dengan kemenangan besar di Stamford Bridge menentang pasukan Azerbaijan, Qarabag, tetapi perlu masih mengalahkan  Roma dan Atlético Madrid untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Sekiranya Chelsea berjaya melangkah ke pusingan seterusnya, saya harap kami tidak bertemu dengan mana-mana pasukan Itali,” kata Conte.

“Kami tidak bernasib baik dalam cabutan itu, kami berada di dalam salah satu kumpulan yang paling sukar. Atlético telah berjaya dalam Liga Juara-Juara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, berjaya ke perlawanan akhir dan separuh akhir di samping mempunyai pasukan yang kuat. Saya tahu Roma dengan baik, mereka bersaing untuk memberi cabaran yang hebat di Itali dan akan melakukan perkara yang sama dalam kejohanan yang lain,”

“Kami kembali ke Liga Juara-Juara dengan penuh semangat dan kami mahu melakukan yang terbaik, tetapi kami perlu berhati-hati. Kami hanya perlu mencari cara untuk melepasi peringkat kumpulan, dan kemudian bersedia untuk peringkat seterusnya,”

Conte mengingati kembali beberapa perlawanan pertamanya di Chelsea, yang menyebutkan ada bendera Itali gergasi di mana peminat menyambutnya di perlawanan pertamanya dan mengatakan bahawa “perasaan itu luar biasa dari awal”.

“Ia juga hebat kerana tahun sebelumnya adalah tahun tidak bagus untuk Chelsea, yang berakhir di tangga ke-10,” katanya. “Untuk memenangi liga pada percubaan pertama selalunya sukar, dan dalam kes saya, ini adalah pengalaman pertama saya di luar negeri. Pengalaman ini telah memperkaya saya dan memperbaiki saya dalam pelbagai cara,”

“Di Itali, anda berada di zon selesa, tetapi bahasa, gaya hidup, tabiat dan persediaan anda untuk perjuangan di luar negara tidak mudah. Ia tidak mudah untuk membawa idea anda sendiri tentang bola sepak, kaedah anda sendiri. Anda perlu memahami segala-galanya dalam bahasa yang berbeza, dan membazirkan banyak tenaga. Tetapi saya telah mempunyai pengalaman yang mana stadium yang sangat baik, suasana yang luar biasa, peminat yang datang untuk bersukaria dan meraikan pesta,”

“Malah semuanya lebih daripada keputusan, penting bahawa pemain memberikan segala-galanya untuk lambang di jersi mereka, dan jika mereka melakukannya sama ada mereka tersingkir atau tidak, peminat bersedia untuk memberikan pujian,”

 

SUMBER: https://www.theguardian.com/football/2017/sep/25/chelsea-antonio-conte-return-italy

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Sofwan Zulkepli. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN