Quantcast

BERITA

Antonio Conte Menegaskan Beliau Tiada Perancangan Untuk Tinggalkan Chelsea

Selepas desas-desus mengatakan pengurus Chelsea, Antonio Conte akan meninggalkan Stamford Bridge pada penghujung musim ini, pengendali dari Itali itu menegaskan beliau tidak merancang untuk meninggalkan kelab London tersebut.

Masa depan Conte kini menjadi perdebatan yang hangat, namun beliau mengakui tidak perlu untuk meninggalkan Chelsea.

Antonio Conte berjaya membawa Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya bersama The Blues.

Chelsea berulangkali dilihat mempersoalkan masa depan Conte dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan kontrak bekas pengurus skuad kebangsaan Itali itu akan tamat pada tahun 2019.

Conte juga sebelum ini seringkali tidak berpuas hati dengan dasar perpindahan pemain yang diterapkan oleh pengurusan tertinggi Chelsea.

Pengurus berusia 48 tahun itu ketika ditanya mengenai laporan tentang┬áMassimiliano Allegri dan Luis Enrique yang dikaitkan bagi menggantikannya di Stamford Bridge, Conte berkata: ”segalanya boleh berlaku.”

Bagi menangkis laporan yang dikeluarkan itu, Conte menegaskan bahawa beliau gembira dengan tugasannya di Chelsea dan berkata tiada peluang buatnya untuk meninggalkan kelab.

”Saya akan komited sepenuhnya dengan Chelsea,” ujar pengendali berasal dari Lecce, Itali itu.

”Saya komited dalam membimbing Chelsea dan saya juga gembira dengan apa yang lakukan sekarang dan sebelum ini tetapi saya lebih gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang.”

Ketika ditanya adakah beliau akan berlalu pergi meninggalkan Chelsea. Dengan ringkas beliau menjawab: ”Tidak.”

Dengan saingan Liga Perdana Inggeris akan kembali berlangsung hujung minggu ini, skuad bimbingan Antonio Conte akan melayani kunjungan Leicester City.

Chelsea sedang menghuni tangga ke-3 liga dengan ketinggalan 16 mata dibelakang pendahulu liga, Manchester City.

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!