Kemenangan Manchester City ke atas Chelsea memastikan jurang 18 mata di persada Liga Perdana selepas menang 1-0 di Stadium Etihad semalam sekaligus mencerahkan peluang untuk meraih kejuaraan EPL lebih awal.
Pemain tengah skuad itu, Bernardo Silva menjaringkan gol tunggal perlawanan 35 saat bermula babak kedua sehingga menceriakan penyokong tuan rumah apabila menerima hantaran rendah David Silva.
Amazing team performance today, so proud to be part of this group! 14th straight league win at the Etihad and it was great to score in front of the home fans again! C'mon @ManCity ! 💪🏼🔵⚽ pic.twitter.com/hymtTHrISb
— Bernardo Silva (@BernardoCSilva) March 4, 2018
Kekalahan keempat Chelsea dalam lima perlawanan liga menyebabkan pasukan bimbingan Antonio Conte yang juga juara bertahan, kini lima mata di belakang kelompok empat pasukan teratas.
Conte menyifatkan Manchester City merupakan skuad yang berbeza dan mereka jauh lebih kuat berbanding musim lepas serta sukar disekat oleh mana-mana pasukan.
“Hari ini mereka menunjukkan perbezaan antara mereka dan kami pada ketika ini,” kata Conte.
“Dua puluh lima mata ialah jurang yang besar dan saya rasa kami boleh menyesal untuk perlawanan lain tetapi bukan untuk ini.
“Usaha pemain adalah sesuatu yang penting. Apabila anda berdepan Manchester City, pasukan seperti ini, mereka bukan saja menunjukkan kualiti menakjubkan tetapi mentaliti hebat.
“Apabila anda mencipta kualiti dengan mentaliti, anda tidak boleh disekat,” katanya.
TOP 5⃣ #PL : #ManCity kian menghampiri gelaran juara liga musim ini dengan mengumpul 78 mata, jumlah keseluruhan mata keseluruhan musim lalu, serta menghasilkan 83 gol (63 perbezaan). Empat kemenangan diperlukan dari 9 perlawanan ke akhir musim. #CMONCITY pic.twitter.com/B9oUclL1ft
— Manchester City (@ManCityMAS) March 4, 2018
Conte turut mempertahankan taktikalnya dan membalaskan kritikan “bodoh” oleh Jamie Redknapp dan Gary Neville yang mengulas mengenai perlawanan itu.
Neville mengkritik corak permainan Chelsea sebagai “memalukan” ketika mengulas untuk Sky Sports manakala Redknapp mengatakan taktik Conte merupakan jenayah kepada Bolasepak.
“Saya tidak la terlalu bodoh untuk bermain secara terbuka menentang Manchester City dan kalah 3-0 serta 4-0.
“Saya masih ingat bagaimana Arsenal bermain dua kali menentang City 3 hari lepas dan kemudian mereka mengkritik Wenger kerana mudah bolos dalam 30 minit.
“Pengulas sepatutnya guna otak apabila mereka bercakap mengenai taktikal kerana saya fikir mereka ini ada pengetahuan yang tinggi untuk bercakap pasal taktikal dan bukannya bercakap ikut suka hati,” tegasnya.