Antonio Conte Jelaskan Sebab Beliau Keluarkan Eden Hazard Pada Perlawanan Bertemu Manchester United

Eden Hazard

Ramai mengetahui bahawa penjaga gol utama Chelsea dan Belgium, Thibaut Courtois mengakui beliau terkejut dengan tindakan Antonio Conte yang mengeluarkan rakan senegaranya, Eden Hazard pada pertemuan Chelsea menentang Manchester United tempohari.

Hazard dikeluarkan oleh Conte pada minit ke-73 untuk digantikan dengan Pedro Rodriguez dan akhirnya Chelsea tewas 2-1 pada pertembungan itu.

Thibaut Courtois
MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 25: Thibaut Courtois of Chelsea reacts after Romelu Lukaku of Manchester United scores his sides first goal during the Premier League match between Manchester United and Chelsea at Old Trafford on February 25, 2018 in Manchester, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Antonio Conte bagaimanapun mempertahankan tindakannya dengan menyifatkan sebagai Eden Hazard gagal untuk mengekalkan kualiti permainannya pada separuh masa kedua.

Keadaan telah menjurus kepada tindakan beliau untuk mengeluarkan pemain lincah tersebut.

”Tidak, Hazard tidak mengalami kecederaan. Ini adalah keputusan taktikal yang perlu dilakukan,” ujar Conte dalam satu sidang media.

”Anda perlu untuk mengekalkan prestasi yang sama untuk 90 minit perlawanan, kami tidak mempunyai keseimbangan yang hebat dan setiap pemain kami harus berusaha dengan bola, tanpa bola, jika tidak kami akan kehilangan keseimbangan.”

”Saya rasa dia (Eden Hazard) kehabisan tenaganya kerana pada separuh masa pertama, dia terlalu banyak berlari.”

”Memasuki babak kedua, dia bermula dengan cara yang sama tetapi apabila saya melihat dia sedikit keletihan, tugas saya adalah untuk mencari jalan penyelesaian yang berbeza.”

Dengan kekalahan yang dialami di Old Trafford itu meletakkan Chelsea kini ditangga ke-5 Liga Perdana Inggeris. Ketinggalan dua mata dibelakang Tottenham Hotspur.

Foto: Mail Online

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN