Antonio Conte Dilaporkan Semakin Hampir Untuk Bimbing AS Roma

Conte

Akhirnya segala persoalan mengenai masa depan bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte hampir terjawab selepas sebuah laporan mendedahkan bahawa Conte akan menjawat tugas sebagai pengurus baru AS Roma pada musim hadapan.

Pendedahan tersebut sekaligus akan menamatkan spekulasi sebelum ini yang mengaitkan beliau dengan juara Serie A 18 kali, iaitu Inter Milan.

Nama Conte sebelum ini tercalon dalam senarai pendek calon pengurus Inter Milan untuk musim hadapan menggantikan Luciano Spalletti.

Pengalaman melatih pasukan kebangsaan Itali daripada tahun 2014 hingga berjaya membawa pasukan ke peringkat suku akhir Kejohanan Eropah 2016 menjadikan beliau sebagai calon nombor satu merebut ‘kerusi panas’ kelab tersebut.

Ganti Ranieri

Menerusi laporan tersebut, Conte akan kembali ke Serie A musim hadapan untuk menjadi pengurus baru AS Roma.

Beliau akan mengambil alih tugas Claudio Ranieri selepas kontrak bekas pengurus Fulham itu bersama Roma bakal berakhir pada akhir musim ini.

Laporan itu juga menyebut, As Roma telah mengadakan perjumpaan bersama Conte bagi membincangkan mengenai perjanjian kontrak bersama.

Prestasi merosot

AS Roma sedang berdepan kemerosotan prestasi sehingga menyebabkan pihak tertinggi kelab tersebut membuat keputusan untuk memecat Eusebio Di Francesco selepas pasukan tersingkir dari Liga Juara-Juara susulan kekalahan keatas Porto Mac lalu.

Susulan pemecatan itu, satu mesyuarat tergempar telah diadakan di Rome membabitkan pegawai kanan kelab dan presiden kelab, Jim Pallotta bagi membincangkan pengganti kepada Di Francesco.

Hasil daripada perbincangan tersebut kemudiannya menyaksikan Claudio Ranieri dipanggil semula untuk dilantik sebagai pengurus AS Roma.

Claudio Ranieri during the Italian Serie A football match between A.S. Roma and Fiorentina at the Olympic Stadium in Rome, on april 03, 2019. (Photo by Silvia Lore/NurPhoto via Getty Images)

Namun, pelantikan Ranieri gagal memuaskan hati banyak pihak apabila pasukan itu dinilai masih gagal menunjukkan peningkatan prestasi terbaik.

AS Roma sedang bergelut untuk merebut kelompok empat pasukan terbaik apabila kelab itu kini menduduki tangga ke-6 Serie A dengan mengumpul 54 mata, satu mata dibezakan Ac Milan yang berada ditempat ke-4.

Jika benar Conte dilantik menjadi pengurus As Roma musim hadapan, pasti berita tersebut mengembirakan seluruh peminat ‘I Lupi’ untuk melihat pasukan kesayangan mereka kembali menjadi persaing terkuat Serie A mahupun kejohanan Eropah pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN