Antonio Conte: “Chelsea Sudah Tersingkir Dalam Saingan Merebut Premier League”

Siapa sangka, pasukan handalan seperti Chelsea rebah di tangan West Ham United yang ketika ini masih lagi mencari-cari rentak di bawah kendalian pengurus baharu – David Moyes.

Chelsea tewas di tangan West Ham United dalam aksi Premier League di London Stadium dalam aksi awal liga itu semalam.

Gol awal dari Marko Arnautovic memberikan 3 mata pertama buat David Moyes sebagai pengurus The Hammers.

Tersingkir

Bagi pengurus Chelsea Antonio Conte, beliau kini telah menganggap pasukannya kini sudah tidak lagi dalam persaingan merebut kejuaraan Premier League.

Hal ini kerana pasukannya kini tidak lagi konsisten apabila sudah mencatatkan 4 kekalahan dalam 16 perlawanan.

Baginya, untuk menjadi pasukan yang berada dalam persaingan merebut kejuaraan perlulah sentiasa konsisten dalam setiap perlawanan pada setiap minggu.

“Jika hendak bersaing merebut kejuaraan maka konsisten itu perlu ada dalam mencatat kemenangan.”

“Dalam hal ini konsisten itu tidak ada pada kami. Kami sudah tewas 4 kali dalam 16 perlawanan jadi kami tidak berada dalam persaingan merebut kejuaraan.”

David Moyes memperoleh kemenangan pertama sebagai pengurus West Ham United dengan menewaskan Chelsea.

Menurut Conte lagi, sebuah pasukan yang berada dalam persaingan merebut kejuaraan liga adalah pasukan yang tidak tewas di tangan pasukan kerdil.

“Semasa kami tewas di tangan Crystal Palace, mereka berada di tangga bawahan liga. Begitu juga dengan West Ham United, kami tewas ketika mereka di tangga bawahan liga.”

“Jika anda tewas dalam perlawanan sebegini, maka ada bukanlah pasukan yang sedang mengejar kejuaraan.”

Chelsea sudah tewas sebanyak kali musim ini dalam saingan Premier League. Mereka tewas di tangan Burnley pada hari pembukaan, Crystal Palace, Manchester City dan juga West Ham United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN