Chelsea mengharungi musim yang sedikit suram musim ini terutamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila sekadar menduduki tangga ke-5 setakat ini.
Kedudukan tersebut membuatkan mereka sangat sukar untuk menghidupkan peluang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan.
Bagi Antonio Conte, beliau merasakan bahawa Chelsea perlu menerima nasib malang mereka dalam saingan Eropah (gagal ke UCL) itu walau apa jua keadaan sekalipun.
Segalanya tidak menjadi buat Chelsea apabila memasuki tahun 2018 apabila The Blues hanya menang tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris iaitu ketika menentang Brighton, West Bromwich Albion dan Crystal Palace.
Keadaan itu membuatkan persaingan untuk melayakkan diri ke UCL semakin jauh ditinggalkan Gary Cahill dan rakan sepasukannya.
Menjelang pertemuan menentang West Ham United malam ini, Conte membicarakan mengenai peluang kemungkinan beraksi di Liga Europa dan mengharapkan musim hadapan yang lebih baik buat kelab London itu.
”Saya merasakan untuk sebuah kelab seperti Chelsea, adalah penting untuk kelab ini beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan juga Liga Europa,” ujar Conte kepada wartawan.
”Kami mesti realitik untuk memahami realiti ini.”
”Ini adalah jangkaan saya (kami akan bergelut) dan kini saya akan berhenti.”
”Mungkin musim hadapan, saya mempunyai jangkaan lain yang lebih baik dari musim ini. Saya rasa anda akan menjadi kuat selepas mengalami kekalahan. Apabila anda menang, anda tidak melihat masalah yang sebenar.”
”Saya rasa apabila anda tidak mencapai kemenangan, anda mempunyai banyak kekuatan untuk mengubah situasi ini, cuba untuk mendapatkan jawapan yang baik.”
”Semasa kekalahan tersebut, ianya membuatkan kekuatan anda menjadi lemah. Saya rasa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membicarakan mengenai perkara ini (perancangan untuk musim hadapan).”
”Perkara yang penting buat kami adalah untuk menamatkan musim ini di kedudukan dan cara yang sebaik mungkin.”