Antonio Conte Meminta Chef Restoran Melaporkan Apa Yang Dimakan Pemain Beliau

Jika anda masih ingat, pada awal musim ini kami ada berkongsi satu cerita bagaimana Antonio Conte campur tangan dalam rutin pemakanan beberapa pemain beliau.

Kali ini seorang chef masakan Itali di London menceritakan sendiri bagaimana Antonio Conte kerap menghubungi beliau meminta maklumat diet yang diambil oleh pemain beliau.

Aaron Rutigliano, pemilik restoran Gola berdekatan Stamford Bridge menyatakan, Antonio Conte sangat gemar berkunjung ke restoran beliau.

Chelsea dan Conte selesa di tangga teratas EPL.

Ini kerana, Conte gemar memakan masakan Puglia yang merupakan selera utama masyarakat di Lecce, Itali yang merupakan tempat asal Antonio Conte.

Aaron berkata:

“Dia kerap datang ke sini. Conte seorang yang budiman, tenang dan bersahaja. Dia selalu datang dengan isteri dan anaknya.”

“Kadangkala dia datang seorang diri ataupun dengan rakan beliau untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di sini.”

“Dia ramah dengan pengunjung lain. Hampir setiap kali datang ke sini, beratus orang di sini meminta bergambar dengan beliau, dan tidak pernah sekali beliau menolaknya.”

“Masih dia tersenyum dan bangkit berdiri untuk bergambar dengan mereka, walaupun sedang menikmati hidangan.”

“Beliau memberitahu saya, beliau tidak pernah keluar dari Itali dan sukar menyesuaikan diri di London. Saya dahulu mengambil 8 bulan untuk menyesuaikan diri di sini.”

“Saya tahu, ia bukan mudah bagi beliau juga tetapi kini beliau semakin selesa untuk hidup di sini.”

Conte kerap menghubungi Rutigliano kerana ingin tahu apa yang dimakan oleh pemain Chelsea di Gola.

Conte mahu memastikan para pemain beliau tidak mengambil makanan atau nutrisi yang tidak ada dalam senarai diet yang telah ditetapkan nutritionist.

Ini bermakna Conte menyimpan senarai itu sepanjang masa bersama beliau. Rutigliano berkata:

“Sudah banyak kali saya menghantar gambar pemain sedang makan. Conte sangat mengambil berat soal ini. Tetapi pemain-pemain beliau sangat rapat dengan beliau.”

Seorang lagi pembuat pizza di restoran Santa Maria di Fulham iaitu Claudio Bruno menyatakan Antonio Conte sangat gemarkan pizza di sana.

Santa Maria adalah kedai pizza pertama di London yang dilawati Conte. Tidak lama kemudian Conte membawa keluarga beliau ke sana.

Isteri dan anak Conte bersama beliau di dalam stadium

Sebelum ini Conte tinggal bersendirian di London. Beliau pernah berseloroh, perpindahan terbaik yang beliau lakukan di Chelsea adalah kejayaan membawa isteri dan anaknya ke London.

Antonio Conte baru menikmati kejayaan EPL mereka sebentar tadi. Tahniah untuk Conte dan Chelsea.

Baca juga: Eric Williams Marah Dengan Sikap Mora Yang Meninggi Diri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN