Antonio Conte Berang, Bidaan Chelsea Untuk Alex Sandro Sekali Lagi Ditolak Juventus

Nampaknya, pengurus Chelsea benar-benar tidak berpuas hati.

Antonio Conte dikatakan berang selepas cubaan beliau untuk mendapatkan Alex Sandro terus menerus berakhir dengan kegagalan.

Untuk pertama kalinya, Chelsea membida pemain Juventus itu dengan nilai bidaan sebanyak €55 juta. 

Ia kemudiannya ditolak dan Chelsea datang lagi dengan bidaan sebanyak €65 juta tetapi ditolak juga oleh Juventus.

Kali ini mereka hadir dengan bidaan yang lebih besar dengan bidaan sebanyak €70 juta yang disertakan dengan bonus menjadikan nilai bidaan kini menjadi €80 juta.

(Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)
Restrictions

Malang sekali apabila bidaan tersebut turut ditolak oleh Juventus baru-baru ini. Akan tetapi tindakan itu boleh difahami kerana Juventus mengikut logiknya tidak lagi mahu kehilangan pemain pertahanan mereka.

Mereka baru-baru ini sudah pun kehilangan Dani Alves yang ke Paris Saint-Germain serta Leonardo Bonucci yang ke AC Milan.

Juventus dikatakan sedang cuba untuk memberikan kontrak baharu yang lebih baik kepada Sandro dengan laporan mengatakan pemain itu dijangka memperoleh €5 juta semusim!

Dengan jendela perpindahan tinggal beberapa minggu saja lagi, Chelsea masih lagi berharap agar perpindahan ini dapat diselesaikan dengan segera walaupun peluangnya agak tipis.

Sumber:

  1. Calcio Mercato (2017): Exclusive: Conte is furious as Juve turned down an 80 million Chelsea offer for their Brazilian left-back; http://www.calciomercato.com/en/news/exclusive-conte-is-furious-as-juve-turn-down-80-million-offer-fo-92916

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN