Pengurus Chelsea, Antonio Conte meluahkan perasaan gembiranya terhadap prestasi pemain berusia 17 tahun, Ethan Ampadu pada perlawanan suku akhir Piala Carabao bertemu Bournemouth semalam.
Dalam aksi dramatik yang dimenangi Chelsea itu, Conte meletakkan Ampadu sebagai pemain pertahanan tengah dan beliau telah beraksi sepenuh masa pada perlawanan tersebut.
Bercakap kepada laman web rasmi Chelsea FC, Antonio Conte memuji ketenangan dan kematangan yang ditampilkan pemain antarabangsa Wales itu.
‘Selepas beraksi satu minit dan 40 saat, pengadil perlawanan melayangkan kad kuning kepada pemain yang berusia 17 tahun. Ampadu beraksi keseluruhan permainan dengan masalah ini. Ianya tidak mudah. Dia beraksi 93 minit dengan bahaya ini (kad kuning) tetapi dia menunjukkan personaliti dan kematangan yang sangat baik.”
”Saya telah bercakap sebelum ini mengenai pemain ini dengan begitu bersemangat. Walaupun di usia yang muda, dia menunjukkan kematangan yang hebat. Saya tidak suka untuk membuat hadiah kepada seseorang. Sekiranya anda berhak, saya akan bersedia untuk menurunkan anda.”
”Dia berhak beraksi pada hari ini (menentang Bournemouth), dia juga berhak untuk beraksi menentang Everton dan dia juga berhak untuk beraksi perlawanan liga pertamanya ketika bertemu Huddersfield.”
”Sekarang dia perlu untuk kekal tenang. Mungkin perlawanan seterusnya dia akan beraksi untuk pasukan belia. Saya tidak tahu. Pemain ini (Ampadu) sangat merendah diri. Dia mempunyai masa depan yang hebat tetapi dia perlu berterusan dengan cara ini.”
https://www.youtube.com/watch?v=i0hGR5_9cLY
Chelsea akan meneruskan aksi Liga Perdana Inggeris minggu ini dengan kunjungan ke Goodison Park bagi bertemu Everton.
Skuad ‘The Blues’ kini menghuni tangga ke-3 liga dibelakang Manchester City dan Manchester United.