Antonio Cassano: Kejatuhan Karier Adalah Kerana Saya Malas, Bukan Salah Jurulatih

Hidup ini umpama roda. Jangan ingat anda tak boleh jatuh ke bawah, apabila sudah berada di atas. Lebih-lebih lagi, jika hidup anda tak mempunyai disiplin.

Anda boleh mengambil contoh teladan daripada karier penyerang Sampdoria yang juga digelar Il Gioiello di Bari Vecchia (permata Bari), Antonio Cassano.

Tiada siapa yang boleh menafikan beliau adalah antara penyerang terbaik di Itali pada zaman kemuncaknya. Tetapi kerana tidak berdisiplin, potensi bakatnya tidak dapat direalisasikan sepenuhnya.

Dikritik Pirlo dan Capello

Pada zaman kemuncaknya, Cassano dikritik kerana masalah disiplinnya. Beliau tidak menjaga diet pemakanan, gemar berparti dengan wanita dan bergaduh dengan pengurus pasukan.

Andrea Pirlo pernah menulis dalam buku biografinya I Think Therefore I Play:

“Tengoklah Cassano. Dia cakap dia dah tidur dengan 700 wanita pada zaman kemuncaknya. Tapi sekarang, dia tak dapat terpilih masuk skuad Itali pun. Bolehkah dia gembira? Apa yang pasti, saya takkan gembira.”

Semasa di Real Madrid, Cassano pernah didenda oleh pengurus Fabio Capello kerana diet pemakanannya yang tak terjaga sehingga mempunyai berat badan berlebihan.

Cassano sendiri mengaku potensi bakatnya terhad kerana kegagalannya mengawal nafsu makan:

“Saya boleh jadi lebih bagus daripada Maradona, tapi saya terlalu sukakan focaccia (sejenis roti Itali).”

“Saya terlalu malas”

Bercakap kepada rancangan televisyen di Itali, Cassano berkata beliau insaf terlalu lambat apabila jurulatih berkata beliau malas.

“Sejak 10 tahun lepas, orang dah cakap saya mensia-siakan bakat saya.”

“Masalahnya saya hanya mula insaf dalam 2-3 tahun lepas. Masalah karier saya bukan berpunca daripada jurulatih, sebaliknya ia salah saya sendiri.”

“Bila saya bermain di bawah jurulatih yang garang, saya memberontak. Bila saya mempunyai jurulatih yang baik, saya tidur. Saya sedar kesalahan saya ini terlalu lambat.”

Masih berharap ke EURO 2016

Cassano sedar peluangnya untuk bermain kali terakhir untuk skuad Azzurri dalam EURO 2016 adalah tipis. Tetapi beliau berharap ketua jurulatih Itali, Antonio Conte menyedari perubahan sikapnya yang semakin positif.

“Saya tahu peluang saya (bermain dalam EURO 2016) adalah satu dalam satu bilion.”

“Tapi Antonio Conte ada cakap beliau mahukan pemain yang rela berkorban dalam skuadnya. Jadi saya ubah sikap saya dan berharap saya diberi peluang.”

“Kalau saya tak terpilih pun, saya tetap akan menyokong Itali dan (Lorenzo) Insigne dari rumah.”

Bagi Cassano, rakan baiknya dari Napoli, Lorenzo Insigne adalah pemain terbaik Itali pada ketika ini.

“Gaya permainan Insigne berlainan dengan saya. Dia suka berlari di kawasan sayap, mempunyai kualiti yang bagus dan melakukan tugas hebat dengan Gonzalo Higuain di Napoli.”

“Saya rasa Insigne adalah pemain terbaik Itali ketika ini dan saya tak nampak sebab kenapa Conte tak patut memanggilnya (ke EURO 2016).”

Sejak insaf dari ‘kenakalan’ beliau, Cassano bertekad mahu menamatkan kariernya di Sampdoria.

“Saya gembira di Sampdoria dan akan mengakhiri karier saya di sini. Kalau saya tak insaf, siapa lagi nak insafkan saya?”

Baca juga: Daripada Penyerang Hebat Kepada Buangan: Apa Yang Terjadi Kepada Alexandre Pato?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN