Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann telah mengumumkan akan meninggalkan kelab tersebut selepas tamat saingan musim ini.
Pemenang Piala Dunia 2018 itu menandatangani kontrak baharu selama lima tahun pada Jun lalu. Namun ia tidak menghalang penyerang Perancis itu untuk mencari haluan baharu selepas menyertai Atletico dari Real Sociedad pada 2014.
Pengumuman tersebut juga bermakna perlawanan La Liga pada Sabtu ini menentang Levante menjadi perlawanan terakhir buat pemain berusia 28 itu bersama Atletico.
Destinasi seterusnya
Menurut laporan dari BBC, Griezmann akan kekal di La Liga dan akan menyerrtai Barcelona.
Gergasi Catalan itu dilaporkan bersetuju untuk menebus klausa yang terdapat di dalam kontrak pemain tersebut kepada Atletico, bernilai €120 juta.
“Ia adalah lima tahun yang hebat [bersama Atletico Madrid]. Terima kasih untuk segala-galanya,” ujar Griezemann.
.@AntoGriezmann: “Han sido cinco años increíbles; muchas gracias por todo, os llevo en el corazón”. pic.twitter.com/9XorY05u1T
— Atlético de Madrid (@Atleti) May 14, 2019
“Saya mahu memberitahu penyokong-penyokong yang sentiasa bersama, bahawa saya telah membuat keputusan untuk berhijrah, bertujuan untuk melihat dan melalui cabaran baharu,” ujar penyerang tersebut melalui video yang dimuatnaik ke dalam Twitter.
“Ianya sukar untuk melakukan keputusan ini, tetai ini adalah perkara yang saya perlukan [untuk karier]. Saya mahu berterima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh lima tahun.”
Rekod bersama Atletico
Griezmann telag menjaringkan 133 gol dari 256 penampilan sejak menyertai Atletico dalam semua pertandingan – sejak lima tahun yang lalu.
Sepanjang tempoh itu, beliau telah membantu kelab tersebut menjuarai UEFA Europa League, Piala Super Sepanyol, dan juga UEFA Super Cup.
Musim lalu, Griezmann pernah menolak tawaran dari Barcelona dan mendedahkan keputusan tersebut melalui satu dokumentari berjudul ‘The Decision’ yang disiarkan di televisyen Sepanyol
Atletico turut pernah membuat laporan kepada FIFA terhadap Barcelona yang dituduh cuba menggunakan pintu belakang pada Disember 2017 untuk mendapatkan Griezman.