Anda masih ingat iklan Adidas yang dibintangi Paul Pogba ketika beliau sedang hangat dikaitkan dengan Manchester United pada musim panas tahun lepas?
Jika anda sudah lupa, anda boleh menyaksikan video tersebut di bawah:
Don't believe everything you read in the papers.
It's all just blah, blah, blah. #FirstNeverFollowshttps://t.co/hJyjHuyUMM— adidas Football (@adidasfootball) July 28, 2016
Dalam video di atas, Adidas dipercayai telah mengeluarkan petunjuk terbesar mengenai kebenaran berita Pogba ke United dengan memasukkan imej ini dalam iklannya:
Untuk pengetahuan anda, video iklan Adidas ini dikeluarkan pada 29 Julai 2016 – 11 hari sebelum Manchester United mengumumkan pembelian Paul Pogba dari Juventus secara rasmi.
Selepas Pogba sah kembali ke United, ramai peminat bola sepak Eropah berspekulasi Adidas dan United memang SENGAJA memberi petunjuk tersebut sebagai salah satu cara mempromosikan jenama Adidas.
Jika benar petunjuk tersebut merupakan kaedah pemasaran United, kami mempunyai satu lagi berita gembira untuk penyokong-penyokong mereka pada kali ini.
Griezmann beri petunjuk dalam iklan Huawei
Iklan terbaru Huawei P10 yang dimuatnaik ke akaun Twitter rasmi Antoine Griezmann semalam mungkin mengandungi petunjuk terbesar mengenai berita perpindahannya ke Manchester United.
Pada minit 1:04, perhatian penyokong-penyokong United terarah kepada perkataan ‘Jose’ yang terpapar dalam skrin jam tangan pintar Griezmann. Adakah ia bermakna Griezmann sudah mendapat panggilan daripada pengurus United, Jose Mourinho?
Pada mulanya, penyokong-penyokong United menyangka aksi Griezmann yang menekan butang merah jam tangan pintarnya sebagai tanda beliau menolak panggilan telefon Mourinho.
Tetapi seorang penyokong United di Twitter pantas membetulkan persepsi tersebut dengan memberitahu Griezmann sebenarnya sedang berada dalam perbualan telefon dengan Mourinho.
Dengan menekan butang merah di jam tangan pintarnya, Griezmann menamatkan panggilan telefon tersebut.
Sama ada petunjuk ini betul atau tidak, tiada siapa yang tahu kecuali Mourinho, Griezmann dan ejennya sendiri.
Tetapi kami membayangkan Griezmann pasti tidak akan membenarkan iklan Huawei P10 ini keluar di akaun Twitter rasminya jika beliau – sekurang-kurangnya – tidak berminat untuk berhijrah ke Manchester United.
Baru-baru ini Atletico Madrid memberitahu penyerang paling berharga mereka itu hanya akan dijual jika klausa perlepasannya yang bernilai €100 juta (£87 juta) dipatuhi.
Satu perkara yang pasti adalah selain Real Madrid, Barcelona dan PSG (yang tidak diminati Griezmann), hanya Manchester United yang mampu membayar klausa perlepasan setinggi itu.
Adakah iklan ini petanda terbesar Griezmann akan bermain bersama United pada musim 2017/2018 nanti? Apa pendapat anda?