Antoine Griezmann Perbaharui Kontrak Bersama Atletico Madrid Sehingga 2023

Kini, penyokong Atletico Madrid boleh menarik nafas lega.

Bintang mereka iaitu Antoine Griezmann telah mengambil keputusan untuk terus kekal bersama kelab tersebut untuk jangka masa yang panjang!

Pemain kebangsaan Perancis itu telah mengambil keputusan untuk terus kekal di Wanda Mertropolitano apabila menerima lanjutan kontrak bersama kelab tersebut baru-baru ini.

Hasil dari lanjutan kontrak itu, Griezmann akan terus kekal bersama Atletico Madrid sehingga sekurang-kurangnya tahun 2023.

Menurut laporan dari Sepanyol, Griezmann telah pun ditawarkan dengan nilai sebanyak £17.5 juta untuk terus kekal bersama Atletico Madrid.

Dalam masa yang sama, beliau turut dijanjikan yang pihak kelab akan melabur sekurang-kurangnya sebanyak £100 juta dalam usaha untuk memperkuatkan barisan skuad yang sedia ada.

LYON, FRANCE – MAY 16: Antoine Griezmann of Atletico Madrid celebrates after scoring his team’s second goal of the game during the UEFA Europa League Final between Olympique de Marseille and Club Atletico de Madrid at Stade de Lyon on May 16, 2018 in Lyon, France. (Photo by Maja Hitij/Getty Images)

Hal ini tidak lain adalah untuk memperkuatkan lagi cabaran Atletico Madrid dalam saingan domestik dan juga Eropah.

Griezmann dan rakan sepasukan Atletico Madrid beliau akan menerima satu lagi pemain baharu dari Perancis iaitu Thomas Lemar.

Setakat ini, persetujuan awal telah pun dicapai oleh Lemar dan juga Atletico Madrid namun hanya menanti untuk proses ujian perubatan sahaja selepas ini.

Selain Lemar, rakan sepasukan Griezmann berbangsa Perancis yang merupakan pemain Atletico Madrid sedia ada iaitu Luca Hernandez turut memilih untuk kekal di Wanda Metropolitano.

Beliau memilih untuk kekal di Atletico Madrid dengan lanjutan kontrak sehingga 2024.

Griezmann merupakan pemain utama dalam musim yang menyaksikan Atletico Madrid menjulang kejuaraan Europa League.

Mereka menewaskan Olympique de Marsaille di perlawanan akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN