Quantcast

BERITA

Solskjaer: “Martial Boleh Jadi Sebagus Cristiano Ronaldo”

Berapa baguskah Anthony Martial pada pandangan anda?

Sejak tiba di Manchester United, beliau jelas merupakan pemain yang baik dan sering memberikan kegembiraan kepada para penyokong The Red Devils setiap kali beraksi.

Malah selepas beliau menjaringkan gol ketika menentang Fulham tempoh hari, beliau dianggap mampu beraksi sehebat Cristiano Ronaldo sewaktu bermain di England.

Menurut laman Sky Sports, pengendali sementara Manchester United iaitu Ole Gunnar Solskjaer berasakan Martial mampu untuk menjadi sebagus Ronaldo sekiranya pemain itu mahu begitu.

“Beliau melakukan apa yang Cristiano Ronaldo turut lakukan. Jika beliau mahu menjadi sebagus pemain itu, beliau tahu apa yang perlu dilakukan.”

“Terpulang kepada beliau, beliau tahu ada bakat.”

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 09: Anthony Martial of Manchester United scores his team’s second goal during the Premier League match between Fulham FC and Manchester United at Craven Cottage on February 9, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Solskjaer turut berbangga dengan persembahan Martial, malah beliau turut berbangga kerana pemain itu berada dalam pasukannya.

“Saya gembira beliau ada bersama dalam skuad kami. Beliau telah menyumbangkan banyak gol kepada kami.”

“Beliau adalah pemain Manchester United dan sering memberikan keterujaan kepada penyokong.”

“Beliau memberikan keterujaan kepada pengurus, rakan sepasukan dan turut mempunyai karektor yang baik di sekelilingnya.”

Martial turut dipuji Gary Neville selepas menjaringkan gol dengan gerakan solo ketika di Craven Cottage.

Malah penganalisis itu turut mengatakan yang gol itu saling tak tumpah seperti gol Ronaldo ketika menentang lawan yang sama pada 2007.

Manchester United menang 3-0 ke atas Fulham untuk memasuki kelompok 4 pasukan terbaik Premier League.